Monday, December 31, 2007

SELAMAT TAHUN BARU

Hanya menghitung waktu untuk kita melangkah ke Tahun Baru 2008 yg bakal tiba.Banyak perkara yang berlaku sepanjang 2007.Tapi dimana harus ku mulakan.Semuanya masih tersemat di dalam dairi hidupku.Ia mengajarku erti kehidupan.Biar pun pahit utk ku telan tp aku harus terima ketentuan-NYA.Hanya kita yg boleh menggubah kehidupan kita.
1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai,buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???Haa..kawan tu mcm AWAK LA..bila saya tulis,awak akan baca blog saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..bagi aku,kawan tu penting.Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,sedih, berduka dan sebagainya.Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.Yang penting,seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

p/s:Terima kasih kerna menjadi kawan aku.Along,Achik,Alang,Achu,Idan,Bell,Pari,Syabab,Az,Juhaida.
Pada kawan2 dr Singapore Halim,Sham,Abg Zai,Mohkram,Tipo,Abg Man,Razmadd(Remy).LOVE UOLS SO MUCH

Friday, December 28, 2007


Thank you very much for your explanation and i understand that.Sorry for every thing.

Thursday, December 27, 2007

Andai dapat aku dapat merasakan cinta,takkan pernah aku merasakan kesepian dan kehampaan.Tiada ucapan,tiada tulisan...yang ada hanyalah perasaan.

Monday, December 24, 2007

Apa lagi yg harus aku lakukan?Apa lagi yg perlu aku buktikan?Apa lagi yg pasti agar pintu hati kau terbuka utk ku.Adakah pintu hatimu belum ku ketuk sepenuhnya?Adakah kau belum yakin akan diriku?Adakah pintu hatimu belum ku sentuh?Aku tidak mengerti apa yg berlegar di fikiranmu.Engkau menyatakan bahawa aku boleh tafsirkan melalui perbuatanmu...tp apa yg kau coretkan adakah utk ku?Adakah kau belum boleh menerima diriku.Ia pasti kau menyatakan"tidak terlalu awalkah"?.Padaku sekiranya masing2 mengerti,masing2 memahami,masing2 ada persefahaman,aku rasa tidak perlu menunggu terlalu lama.

Aku tidak berdaya melakukan berseorangan.Aku perlu bantuan kau agar ia sama terjadi akan perhubungan kita.Kalau sebelah pihak yg bersungguh tp sebelah pihak lagi masih tidak pasti adakah aku harus menunggu.Aku tidak kisah utk menunggu masa.Tapi adakah apabila aku menunggu aku akan memiliki dirimu?Adilkah bagi diri kau?Aku rasa terlalu byk kau berfikir.Selagi byk kau berfikir selagi itulah perasaan takut akan menyelubungi dirimu.Rasa kesal menghantui fikiran kau.jadikan kisah silam sebagai pengajaran dan tidak perlu kita sesali.

Adakah aku membuat kau rasa bersalah?Akukah yg manambah rasa beban pada dirimu.Sekiranya ia katakan lah padaku agar kau tidak berfikir lagi.Aku pasti kau ada pendirian kau sendiri.Aku kerap kali berfikir adakah aku yg terbaik bagi dirinya?Aku akui aku tidak punyai harta utk ku lempahkan.Aku tidak punyai darjat yg tinggi utk kau banggakan.Apa yg boleh ku bangga ttg diriku iaitu aku cuma memiliki budi pekerti yg tinggi.Kenapa aku tidak dilahirkan KAYA?Kenapa aku tidak dilahirkan dalam golongan2 yg mempunyai darjat tertinggi.Aku yakin tuhan itu maha adil,sekiranya aku dilahir apa yg aku inginkan pasti aku bukan Danny yg kalian kenali.Aku bersyukur dgn apa yg tuhan berikan padaku.

Mengapa kau tidak ingin kongsi apa yg kau fikirkan padaku?Mungkin aku belum lg sesuai utk kau kongsi apa yg kau fikirkan.Luahkan lah pada ku agarku mengerti apa yg terlintas di fikiran kau.kadang aku tidak mengerti akan dikau.Adilkah perasaan hatimu.Apa yg harus diri ini lakukan dan yg pasti diri ini masih menagihkan kasih sayang dan cinta pada insan yg bergelar KEKASIH.

Saturday, December 22, 2007

Untukmu



Ku menghitung hari...
Masa berdetik berlalu
Kenangan indah bersama
Terasa seperti semalam berlaku
Memalu jiwa merobek hati
Rindu pada dirimu
Sayang,
Bila ku rasa rindu
Ku seru namamu di angin nan lalu
Ku puja namamu sebelum tidurku
Ku coret wajahmu dihati ini
Agar dikau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Hanya itu yang mampu
Memilikimu di malam hari

Sesungguhnya
Hanya dikau terpahat di hati ini
Hanya dikau segalanya kini
Hati ini
Tidak nampak yang lainnya lagi
Maafkan daku
Kerana terlalu menyayangimu.

Wednesday, December 12, 2007

Ku Nukil Buatmu Ibu
















Ibu,

Aku selalu berfikir setiap kali aku ingin tidur malam.Fikiran ini tidak pernah lenyap untuk ku berfikir.Kemanakah arah tuju hidupku setelah kau tiada disisiku buat selamanya.Apakah yg harus ku lakukan?Ku pasti apabila kau tiada disisiku,akulah insan yg amat terasa akan kehilangan dirimu.Kerana ibu sering mencari anakdamu ini setiap kali ada masalah atau sebaliknya.Tiada ibu bermakna gelaplah dunia aku ibu.

Adakah aku akan menangis teresak2?Adakah aku akan pengsan?Adakah aku akan gila?Adakah aku tidak kenal erti perasaan apabila ibuku tiada disisiku?Bukan aku minta kau pergi ibu.Tp ini sudah tertulis bahawa yg hidup pasti akan mati.Satu hari pasti engkau akan meninggalkanku buat selamanya (airmata ku mula mengalir).

Ibu aku pernah terfikir sekiranya dirimu tiada lg anakmu ini pasti akan sunyi.Engkaulah buat ku tersenyum,menangis,marah,sedih,suka,duka,gembira dan ketawa.Kemana harus ku menumpang kasih,ke mana harus ku menggadu,kemana harus ku pergi.Dalam hidupku hanya kau dan aku sahaja.Ibu pun tahu yg anakmu ini tidak rapat dgn adik-adik yg lain apatah lagi dan jauh sekali utk ku bercakap.Antara adik beradikku ku tidak rapat.Kakak ku,abang-abang ku tidah pernah menggambil tahu halku atau perihalku.Hanya ibu yg tahu apa yg ku rasa sbb aku sering luahkan pada kau ibu.

Pasti aku akan rindukan suaramu dimana engkau akan menalifonku jika ku balik lambat.Sayu hatiku,hiba hatiku.Ibulah yg jaga aku.Ibulah yg jaga pakai minumku.Pasti jua suaramu akan terngiang2 di telingaku dgn memanggil dan menyebut 'peksu' panggilan manja namaku instead paksu.Oh aku tidak dpt menahan airmataku.Ibu usah biarkan ku bersendirian,usah lepaskan genggaman tanganmu,usah kau lupa padaku.Ku ingin selalu bersamamu ibu buat selamanya.

Ibu saban malam aku berfikir dan tiap kali aku fikir airmataku tumpas jua akhirnya.Ku tidak dapat menahan sebak.Ingin saja ku menangis dan memerlukmu sambil ku luahkan apa yg tersirat dilubuk hatiku.Tp ku tidak berdaya berbuat demikian ibu.Aku tidak mahu dan ingin melihat engkau menangis.Cukuplah ibu menangis dgn apa yg berlaku pd family kita.Aku ingin kau lihat anakmu ini kuat,kental,cekal,tabah,sabar dan semangat bila di depan kau ibu.Tp ibu,dibelakangmu jiwaku lemah,hatiku parah.

Tiada siapa tahu,tiada siapa boleh menduga apa yg tersirat dan terbuku di hatimu ibu.Hanya ibu sahaja yg tahu.Ibu aku tahu kau sunyi,kau sedih,kau cemburu dgn pasangan yg rumahtangganya yg masih lg bertahan.Ibu,terlalu banyak pengorbananmu ibu terhadap aku.Besar sangat.Tidak terbalas olehku ibu.Betullah kata org, ibu boleh menjaga anak 10 org tp anak 10 org belum tentu lg boleh menjaga ibu yg satu.

Maafkan anakdamu ini sekiranya aku ada membuat ibu terasa atau terkasar bahasa.Tidak sekelumit ku menyimpan dendam dan marah padamu ibu.Malah aku terlalu sayang padamu ibu.Ya Allah kau berilah ku semangat,kau berilah ku kekuatan utk ku tempuh hidup ini tanpa ibuku kelak.Mungkinkah aku tidak seceria dulu?Mungkin atau aku akan menyendiri?Hanya masa dan keadaan yg menentukannya.

Pelbagai tomahan yg ibu terima dr dulu hingga kini.Ternyata jiwamu kental ibu.Aku kagum dgn kau ibu,ibu dpt membesarkan kami dgn hanya 2 kerat tanganmu dan hanya dirimu seorg hingga anakmu ini berjaya.Terima kasih ku ucap padamu ibu.Syukur dan Alhamdulillah jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayatku IBU.

Tuesday, December 11, 2007


KADANG-KADANG HIDUP INI
TAK SELALUNYA INDAH...
HABIS MADU DI BUANG SEPAH..
ITULAH LUMRAH..
KENKADANG PULA KITA TERLALU ASYIK
BILA SI DIA BERADA DI SISI,
MUNGKIN ITU JUGA CARA TUHAN MENGINGATKAN KITA
SUPAYA TIDAK LEKA DIBUAI MIMPI2 INDAH DI SIANG HARI...


Monday, December 10, 2007



Bintang malam katakan padanya
aku ingin melukis sinarmu di hatinya
embun pagi sampaikan pada
biarku dakap erat waktu dingin
membelenggunya

tahukah engkau wahai langit
ku ingin bertemu membelai wajahnya
kan ku pasang hiasan
angkasa yang terindah
hanya untuk dirinya

lagu rindu iniku ciptakan
hanya untuk bidadari hatiku tercinta
walau hanya nada serdehana
izinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan....


p/s : Abang ku menyepak raga,
Raga disepak dalam mahligai;
Dalam laut boleh diduga,
Dalam hati tidak ku pandai.

Sunday, December 9, 2007

"Seangkuh dan sehebat manapun kamu
namun ke sejadah jua DAHImu sujud,
seindah dan semahal mana pakaianmu,
secarik KAIN dan secebis KAPAS jua membalutimu,
sebesar dan seindah manapun RUMAHMU,
sekujur badan yang dalam GELITA jua tempat tinggalmu,
seramai manapun KAWANmu dan sebanyak mana DUITmu
Tetap kamu KESEORANGAN,
Disana AMAL IBADAT jadi temanmu,
secantik manapun rupamu,
TULANG PUTIH jua yang akn tinggal....."

Friday, December 7, 2007

6/12/2007 - Setelah aku selesai perkara bersama ibuku,aku dgn pantas terus ke KLCC untuk membeli hadiah untuk si dia.Jam di tangan menunjukkan 5.32pm.Aku rasakan sempat untuk aku cari barang yg F suka.Aku tahu F mmg suka brg yg nak aku beli nie.Nak tahu apa yg aku beli.Erm..aku hadiahkan dia...sat lg aku bagitahu.

Setelah mencari hadiah si dia telefon 7.00pm dan menyatakan dia ingin dinner ngan aku.Dia akan sampai di bukit bintang pd jam 8.00mlm.Aku bergegas ke bukit bintang.F sampai pukul 8.45pm.Kami terus ke restaurant yg ingin ku bawa.Kami dinner di Lotus Green.Sebuah restaurant yg klasik dan makanannya amat la sedap.Aku memberi hadiah yg ku belikan td kepada F.Tampak F tersenyum lebar dan brg yg aku beli mmg dah lama F suka.

Sampai di rumah F membuka hadiah yg ku berikan,ternyata F tersenyum lebar.F ucapkan terima kasih dan terus mencium ku di pipi.Aku telah menghadiahkan F perfume Mark Jacobs Daisy.


p/s : kan seronok klu hati ini tidak ada perasaan takut,risau dan negatif.

Thursday, December 6, 2007

Doa Buat Kekasih

Hari ini genap 2 bulan perkenalan antara aku dan dia.Aku tidak pasti sama ada kau ingat atau tidak atau buat2 lupa.Wlupun hanya 2 bulan aku mengenali kau tp aku rasa bagaikan satu jangka yg lama aku telah mengenali dirimu.Aku tetap ingat dlm ingatan tarikh-tarikh keramat antara kami.Sekiranya kau lupa ari ini,aku tidak salahkan kau sbb aku tahu kau terlalu sibuk untuk menggingati semua ini.Ada perkara yg lebih mustahak untuk kau ingat.Cuma aku berdoa pada tuhan agar aku akan bersama kau hingga aku menghembus nafasku yg terakhir.Itu janji ku.


"Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat..."


Tuesday, December 4, 2007



Alhamdulillah album Siti akan berada di pasaran pada 10 Disember 2007.Tidak sabar rasanya hati untuk memiliki album terbaru beliau.Agak lama juga siti menggambil masa utk menyiapkan album ini.Tidak terlepas dari album2 Siti yg lain,beliau turut menyumbangkan lirik lagu.Yg pasti kulit album kali ini tampak lebih menarik dari sebelumnya.Menunjukkan kematangan album ini.Setelah bergelar Dato banyak perubahan yg berlaku dlm diri dan album siti.Tahniah buat
SITI NURHALIZA.

LAGU-LAGU DALAM ALBUM 'HADIAH DARIPADA HATI':

-Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
-Melawan Kesepian (Pongky Barata)
-Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
-Tanpa Kalian (Taufik / Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
-Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
-Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
-Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
-Wanita (Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
-Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
-Sutramaya (Aubrey Suwito / Tinta S)
-Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea)





telah ku rasa
KEHILANGAN yang tersayang
.... MADU dalam bercinta
....HEMPEDU dalam berkasih
....SYURGA DUNIA tika bersama
telah ku rasa SEGALANYA ...

bila seorang LELAKI
menitiskan air mata kerana LELAKI
itu dikatakan cinta yang luhur

bila seorang LELAKI
menitiskan airmata kerana LELAKI
itu lah pencinta yang benar tulus
yang mengenali apa itu cinta sebenar

bila seorang LELAKI
di kecewakan oleh seorang LELAKI
hanya kerna LELAKI lain ...
sememangnya dia bukan milik mu
dan sememangnya dia tak layak bersama mu

JANGAN di kata ... LELAKI itu "LEMBIK"
hanya kerna menitiskan airmata
untuk yang tersayang

Kerna aku pernah merasa di kecewa dan di tinggalkan
kerna aku pernah merasa bagaimana hati terhiris
kerna aku pernah merasa segalanya ....

Saturday, December 1, 2007

Hari nie adalah hari pertama dalam bulam Disember.Aku rasa cam nak demam la pulakk..rasa sejuk je badan nie..sakit tekak dan selesema.Tp aku still lg keja utk mencari rezeki.hehe...

Aku x tahu nak tulis apa sbb otak x berfungsi dgn betul..huhu..

nati aku nukil di lain hari occay...

Thursday, November 29, 2007

Ingin saja aku menagis tp kontang di kelopak mata utk ku tangisi.Ayah dimanakah kau ketika aku perlukan dorongan darimu.Dimanakah kau tika aku dlm kesunyian.Dimanakah kau?Derita ibu hanya dia dan Tuhan yg menggerti tika kau tinggalkan kami.Ayah aku rindukan kasih sayangmu.Aku rindukan wajahmu.Aku rindukan gelak tawa tika bersama dulu.Aku rindukan belaian darimu tika aku masih kecil.Walaupun 18 tahun kau meninggalkan kami.Tp aku tetap menggingati mu kerna kau masih lagi ayahku.

Oh tuhan kau tabahkan hatiku,kau kuatkan semangatku,kau berilah ku kekuatan utk aku tempuh hidup yg penuh dgn cabaran dan dugaan.Ayah biarlah anak2 mu yg lain tidak menghiraukan kau tp anakmu ini sudi menerimamu walau kau mmg langsung sudah jauh melupakan aku.

Saban malam aku tangisi pemergian kau dah hingga kini aku belum menerima pengganti diri mu.Satu masa yg agak lama 18 tahun.Tidak terlintaskah bagimu utk berpaling dan menoleh pada anakmu ini.Aku cemburu,iri hati dan sedih bila ku melihat insan lain mempunyai keluarga yg bahagia.Tp aku?Oh tidak.Ingin saja aku mati...Aku sudah puas menempuh dugaan hidup.Perit utk ku telan,pahit utk ku terima.Aku menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga bkn semudah yg disangkakan.Aku tidak mampu utk menggalas beban itu.Kerana aku perlukan bimbingan.Aku masih mentah.Hatiku tidak kental.Jiwa ku parah.Kerana aku keseorangan.

Tuesday, November 27, 2007

Sekadar Renungan Bersama

"Tak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman...
Mengapa mengharap Yusof jika kasih tak setulus Zulaika???
Tak perlu menjadi Ibrahim jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah.....
Mengapa dambakan teman hidup seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Rasulullah....
Kadangkala kita terlalu mengharapkan kesempurnaan diri orang lainsedangkan diri kita belum tentu mampu memberi kesempurnaan dan kebahagiaan untuk insan yang kita sayang kerana kita memang bukan insan yang sempurna......"Renungkanlah kerna kita selalu meminta kesempurnaan hidup dalam diri seseorang tetapi kita lupa bahawa kita perlu memperbaiki kelemahan yg ada pada diri kita terlebih dahulu.

Saturday, November 24, 2007

I am afraid to ask but i need to know

Pernahkah anda mengalami rasa ini? Khuatir(kalau tak nak digelar “takut”) bertanya tapi sangat ingin untuk tahu? Mungkin karana tidak mendapat suatu kenyataan yg pasti(pengetahuan atau jawapan) itu tak sesuai yang diperkirakan.

Mungkin kemudian yang terjadi adalah membiarkannya atau let it flows. Dan yang pasti, suatu ketidakpastianlah yang akan terus terjadi.

Apa yang ada di fikiran anda sekarang? Memikirkan cinta atau perasaan yang terjadi atau mungkin pernah terjadi? :) memang, kebanyakan hal ini terjadi dalam urusan itu walau tak menutup kemungkinan juga dalam hal lain. Dan biasanya hal ini hanyalah menghasilkan 2 jawapan, 2 jawapan yang saling bertolak belakang. Ya atau tidak, 1 atau 0, terus atau berhenti, tinggal atau pergi, diterima atau ditolak, dsb.

Apa rasa ini (afraid to ask but need to know) salah/benar? Mungkin juga jawapannya adalah dua-duanya, bergantung parameter yang menentukan dan situasi di sekitarnya. Mungkin kekhuatiran itu terjadi karana ianya merasa waktunya belum tepat (terlalu cepat mungkin) atau ingin untuk memastikan dulu (biasanya tanda-tanda, adakah tanggapan?), atau mungkin juga masalah statistik (berapa peluang berhasil?)..

Impak negatif bisa saja timbul kalau kekhuatiran ini terlalu berlebihan. Kalau memang alasannya waktu, apabila terlalu khuatir, bisa saja malah hal ini akan menjadi semakin lama (basi, lekang oleh waktu, kadaluarsa, hambar…), kalau mungkin alasannya cuma mencari tanda, apa tak mungkin antenanya yang salah (tidak bisa mengagak tanda), salah tafsiran , dan bila cuma masalah statistik, apakah ya selalu dinyatakan dengan 1 (mengangguk) dan tidak dinyatakan dengan 0 (geleng-geleng), tak sedarkah bahawa kadang diam (keadaan tak jelas) bisa bererti ya? Apakah statistik selalu berlaku dalam keadaan yang dihadapi?

Bagaimana kalau keadaannya disebaliknya

You want to know, so you need to ask.

Kata orang tua, malu bertanya sesat jalan :)

Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow

One who loves you whole-heartedly
It is difficult meet that person
If there is someone like that somewhere
That person is more beautiful than all
Grab onto that person’s hand
He or she may not be so gracious tomorrow
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow

Taking the shadow of your eyelashes, when someone comes near
You try to reason with your crazy heart
Your heart just goes on beating
But think, that which is here now
That story may not be here tomorrow
Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow

Tuesday, November 20, 2007




19/11/2007-Selesai bekerja aku terus pulang ke rumah atas urusan yg harus ku buat bersama ibu tercinta.Sampai rumah 9.00am.Rehat sebentar,lantas aku terus menyiapkan diri utk ke DBKL atas urusan perumahan.Ibu selesai bersiap.Kami sama2 keluar dan menaiki teksi ke DBKL.Dalam teksi aku berjumpa pakcik yg isterinya pernah sewa di rumahku.Tidak sangka akan ketemu pach toi tu.Harga tambang RM5.00,pach toi tu hanya menggambil RM3.00.Ok sajorkk.

Sampai di DBKL aku terus ke bahagian perumahan.Ramai juga umat manusia yg berpendapatan rendah dan pelbagai ragam,lagak dan perangai manusia yg aku lihat.Ada yg DBKL menghantar surat utk kosongkan rumah atas sudah memiliki rumah lain.Pelbagai kes lah.Aku hanya memerhati dan hanya melemparkan senyum dan rasa kesian.

Tiba giliran kami aku menunjukan surat yg di tawarkan,malang sekali aku dan ibu ku terlupa utk copy surat beranak dan document yg lain.Mach toi tu menyuruh kami copy.Dah la pula nak cari kedai Photostat jauh skall.Aku dan ibuku berjalan kaki dan menanyakan kedai Photostat yg berhampiran.Nasib baik pak guard tu menunjukan pada kami kedai photostat.Kami berjalan ke Kg Baru dari DBKL.Fuh jauh nya.Jalan kaki sampai berpeluh.Aku melihat wajah ibuku terasa kesian.Terpaksa kami mengharungi jarak kedai yg agak jauh.Selesai phototstat,kami pergi semula ke DBKL bahagian Perumahan.Hantar semua document yg diperlukan oleh pihak DBKL.Mach toi tu kata tunggu jawapan dr pihak DBKL atau menalifon dlm masa 2 minggu.Aku datang hanya sekadar menghantar document.Aku ingatkan terus dapat rumah sewa yg ditawarkan.Hampa ku rasa.Kenalah tunggu.Biasalah kalau Kerajaan buat kerja lembab segala.Kannn...

Selesai semua tugas aku dan ibuku berhasrat ingin ke KLCC atas tujuan aku ingin membawa ibuku "SHOPPING TIME"haha..Tiba2 mobile ku berbunyi..owh ada sms.Si dia menhantar sms.Balas punya balas...si dia terus menalifonku dan ingin menjemputku bersama ibuku di DBKL.Si dia baru selesai meeting di Damansara.Dia dtg tepat pada jam 11.00am.Kami terus bergerak utk makan tengahari.Si dia membawa aku dan ibuku makan di Kg Baru.Lunch dia belanja.Berebut nak bayar...haha..

Dia hantar aku dan ibuku di KLCC sbb dia ada interview.Kami berjalan ke KLCC.Aku menyatakan hasrat kepada ibuku untuk membeli perfume sbb ada promotion.Kami pergi ke concourse dan terus ke kaunter Ralph Lauren.Jumpa pula kawan lama aku Fara.Lama x jumpa.Sembang sekejap.Promoter yg layan aku ialah Atie.She really friendly.Ingat nak beli 2 perfume jer..ibuku kata belikan sekali perfume untuk abgku.Kami beli 3 perfume Ralph Lauren.Sorang satu...hehe..byk juga kami dapat gift..bag kami dpt 3,bear aku dapat 2,cabutan bertuah dapat 4 dan gift yg kecil..Wow byk nyer...

Ha part nie paling best.Aku dapat sesi photoshot secara percuma.Hanya 1 gambar sahaja.Aku dan ibuku apa lagi posing maut la...kannn...haha..kami tangkap 3 gambar..Owh..ini adalah kenangan yg x dapat ku lupakan sepanjang hidupku..aku mengambil photo bersama ibuku..wow hasilnya amatlah mengagumkan..aku terkasima sekejap...Cantik sungguh gambar kami..ibuku tersenyum lebar menyatakan hasratnya yg dia amat menyukai gambar kami...hehe..Siap nak beli frame lagi..gambar ibu ku sorang dan gambar aku sorang.Cantik nyer gambar ibuku.Gambar aku usah citer la.Mmg lain dari live kannn...Tp aku suka ngan gambar aku sendiri..blehh taste gambar sendiri..wakaka..muka aku nampak lain..

Aku membawa ibuku ke DOME KLCC utk minum dan menikmati sepotong kek sbb ku tahu ibuku suka makan kek.Hehe...Selesai minum kami terus ke LRT utk pulang ke rumah.Sampai ke rumah sms dia dan terus tido bersama gambar yg ku tangkap td.

p/s:Ibu kaulah Ratu Hatiku,pelita hatiku yg menerangi hidupku..Terima kasih yg tidak terhingga...

Sunday, November 18, 2007

Carilah segunung Keikhlasan,
Selaut Kesetian,
Sejuta Kefahaman,
Seluas langit kesabaran & kejujuran,
Jutaan buih Keimanan,
Barulah indah sebuah
PERHUBUNGAN.

Hari nie si dia dtg umah aku.Aku seakan tahu kedatangan nya.Aku terjaga dalam 2.45pm.Lantas dia menalifon ku 2.50pm menggatakan yg dia sudah pun sampai di rumahku.Seronok nyer...haha..

Kami berborak dan meramas mesra.Hahaha...B bagaimana lagi ingin sy katakan yg saya sayang pada B.Tidak terluah dan terucap dgn kata-kata.Aku benar-benar menyayangi dirimu.hanya tuhan tahu betapa aku ingin hidup bersamamu.Kadang2 tingkat laku aku membuatkan kau tidak selesa.Bukan aku segaja ada-adakan atau ingin tunjuk keegoaan aku kerna aku takut kehilangan kau.Aku tahu kau pun mempunyai perasaan yg sama seperti aku,tp mungkin kau takut ianya tidak menjadi atau terlalu berhati2.Aku ingin kau selami hatiku dan famahi apa yg ku rasa.

Aku percaya kau sayang padaku.Aku berterima kasih atas segala pengorbanan yg kau lakukan terhadap aku.Aku minta maaf sekiranya aku masih meragui kau sbb padaku antara kita masih belum ada kata ikatan.Lalu aku belum rasa terjamin yg aku hak milikmu sepenuhnya.Apa yg ku rasa aku syg kau,kau syg aku.Berilah aku peluang utk aku buktikan cintaku pada mu.Berilah aku peluang utk aku buktikan kasih sayang ku padamu.Berilah peluang utk aku bertahta dihati kau utk selamanya.


p/s:akan ku tunggu LAMARAN dari kau.."I DO"

Friday, November 16, 2007

Kekasih jangan berduka
Yakin kita kan bersama
Hati ini satu walau jauh di mata
Ikatan cinta
Luhurnya dijiwa

Hati pujuklah perasaan
Jauhi segala keraguan
Sayang untukmu kukorbankan
Demi satu harapan
kepangkuanmu kasih
Keranamu kekasih

Hadirmu bagai cahaya
Damai resah dan gelora
Hati kita satu walau lara melanda
Asmara cinta
Tiada hujungnya

Dan keyakinan ku masih
Kepadamu kekasih

Tuesday, November 13, 2007


Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja...
Kerna ia akan sakit oleh kerna bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
_______________________________________________________

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....yang pasti
membawa kebaikan kepada dirimu.

menyayangimu.Mengasihimu.

mengapa kamu berlengah,terus mencuba membandingkannya dengan
yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
kamu juga akan menyesal.
__________________________________________________

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya...
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa...

Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya...
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus
hingga ke akhirnya...
____________________________________________________________

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan jangan menganggap ia
begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu...

Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mengkin ia masih dapat
dipergunakan lagi...
______________________________________________________________

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerna dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat
melupakan segalanya selagi dia
MENGINGATIMU...
______________________________________________________________

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk
dirimu.

Mengenyangkan.Berkhasiat.

mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain...

Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.


Monday, November 12, 2007

Coretan Hatiku

Bagi diriku disinilah tempat aku meluahkan apa yg terpendam dan terbuku di dalam lubuk hati aku kerna aku boleh baca kembali apa yg aku luahkan berbanding menceritakan pada kawan2 rapat.Dulu aku sering pendamkan apa yg kurasa tetapi sejak ku kenal blog(sebenarnya dah tahu lama cuma malas jer..hehehe)aku dapat curahkan segala idea,kretiviti,luahan rasa,pendapat,menulis dan sebagainya.

Aku tak kisah mahu pun hairan jika blog aku tidak diikuti ataupun untuk di baca bg tatapan umum sbb pada aku,inilah dairi hidupku di mana akan ku tulis sisa-sisa hidupku sementara masih bernafas.Mungkin juga aku akan baca di masa 10 tahun akan datang dan di situ aku akan tersenyum lebar,malu,sedih,gembira,menagis,suka,duka,pedih,perit utk ku baca kembali.Biarlah aku luahkan apa yg kurasa di blog ini supaya aku tidak lagi memendam rasa.Sebabnya amat perit utk kita pendam di dalam hati.Apabila kita pendam sesuatu yg tersimpan di hati atau tidak terluah kita akan merasa gelisah,diri tidak yakin,sering berfikir dan termenung.Lama2 gila.wakakaka...kannnnnnn...Jgn telan panadol sudah..~la la la la...

Banyak juga yg aku pendam sebenarnya walaupun pd hakikatnya aku sembunyikan melalui hilai tawa ku dan senyumanku tp jauh di dalam hati tiada siapa yg tahu.Perlukah kita luahkan apa yg kita rasa?"Ya" kita perlu meluahkannya mengikut keselesaan individu.Supaya jgn nanti kita akan melakukan perkara bodoh seperti bunuh diri,hentak kepala kat dinding.Kita boleh meluahkannya melalui blog,kawan mahupun dgn hanya tangisan.

Oh Ya bercerita pasal nagis,aku aku memang seorang yg berjiwa sensitif.Di mana org kata mudah tersentuh dan terasa.Walaupun pd mata kasar aku tampak garang.keras(keras ker?~la la la),tp disudut kecilku aku mudah tersentuh dan menangis.Lebih2 lagi insan yg aku sayang.Airmata akan keluar dgn sendirinya tanpa diundang.Walaupun aku happy aku akan menangis.Pelik bukan?Itulah diri aku yg sebenar.Raja Airmata...hahaha...

Biarlah aku luahkan apa yg kurasa.Apa kau rasa,oren?hehehe..No lah skrg aku mula merasa indahnya cinta.Bukan tidak pernah bercinta,tetapi telah lama diri ini tidak dicintai dan mencintai seseorang.Apabila aku mula jatuh cinta semula aku jd kaku atau stuck sbb dah lama x bercinta.Yang dulu non ado...semuanya hanya inginkan sex dan hanya janji tinggal janji.Tidak tahu dimana ingin ku mulakan dulu.Yelah kita kena start dr bawah dimana kita perlu melalui proses perkenalan hati budi masing2.Di dalam tempoh inilah kita akan melihat samaada serasi atau tidak pasangan kita.So far (bukan sofa di rumah ye hadek2 ku sekalian...hehehe)aku dgn dia serasi dan kadang kala dia byk mendiamkan diri dan agak serius.Dah la aku nie penakut sikit.ha ha ha

Tapi aku manage memecahkan keheningan sunyi waktu kami bersama.Aku byk pendamkan rasa rindu,syg dan cinta.Perlu ke kita luahkan kata "sy sayang awk","sy rindu awak","sy cintakan awk".Pada ku kadang2 kita perlu luahkan dgn kata2 dan diiringi dgn perbuatan supaya pasangan kita tahu.Baru lah kita tahu pasangan kita betul2 serius.Bila si dia meluahkan kata2 di atas,bagai terasa nak terjun dr pintu kereta...matila...Tidak perlu acap kali kita sebut perkataan itu sbb ianya amat berharga sekali.Aku benar2 rindukan dia.Rindu sgt2...Kadang2 ku tertanya2 adakah aku berada di dalam hatinya?Adakah aku yg dia syg?Adakah aku yg istimewa?Pelbagai persoalan bermain di minda.Erm...byknya idea yg nak ku curahkan,tp cukup dulu aku catat setakat ini.


p/s:Jgn samakan dulu dgn skrg...jadikan sejarah,jadikan pengalaman bekalan utk masa akan dtg...

Sunday, November 11, 2007

Pagi td balik dr ofis aku menantikan si dia untuk jemput aku di LRT Bukit Jalil.Aku tahu yg dia masih tido lagi..Erm...Sampai di LRT 8.30am tunggu si dia dan aku lihat kereta beliau tidak kelihatan.Aku dah agak dah..kannnnnnnn...tido la tu!Aku called dia,dia kata baru nak bgn dr tido,makna nya masih di atas katil.hahahaha...x per la aku jalan kaki sajorkkk...

Sampai umah aku lihat dia br bgn kesian pula.Aku nampak muka dia lantas ku lemparkan senyuman penuh dgn kasih sayang.Aku tahu dia penat.tido sekejap utk hilang penat.12.45pm aku keluar dgn dia utk berjumpa dgn Remy dan Zam,kawan dr Singapore.Mereka nak balik ke Singapore.Jemput Remy di Petaling Street,terus ke Bukit Bintang.Katanya teringin nak makan nasi ayam hainan.Bawa si dia dan Remy ke sana.Kemudian Zam and his boyfriend muncul.Makan sambil borak,ketawa,senyum...Seronok sgt.Si dia pun x segan utk berborak.

Hantar Remy dan Zam ke Pasar Rakyat.Jln kaki dr Bukit Bintang.Kononnya si Zam teror la sgt jln nak ke Pasar rakyat.Talifon Schon,dia kata dkt ngan Westin Hotel and Park Royal.Jalan la sampai sana...berpeluh mcm air hujan aku nie.Tanya org baru lah sampai ke destinasi yg nak dituju.Fuhh..penat skall uolss...huhu..Naik bas kul 3.30pm.After that pergi umah kakak selebet kawan si dia ada open house.Makan lg...hehe..makan nasi beriyani,kek lapis.chees cake and air bandung.Balik umah ehem ehem..hehehe...Dia hantar ku ke tempat kerja...So sweet..

Itu shj utk ari ini.

Saturday, November 10, 2007

Aku sayang padamu.Itulah ungkapan yg lahir dari hatiku.Setelah 3 tahun mencari cinta akhirnya aku temui insan yg boleh menyayangiku dan memberi cinta padaku.Terus terang ku katakan aku amat berterima kasih dan bersyukur kerna di ketemukan insan yg benar-benar aku suka.Tipulah kalau ku kata aku x cintakan dia dan mempunyai perasaan cemburu.Setiap insan pasti memiliki perasaan ini.Izinkan cintaku berbunga dihatimu biar terus mekar jadi pengalaman.Telah lama ku dahaga belaian seorang insan.Semoga bersamamu hidupku kembali ceria.Aku tak akan bersuara walau dirimu kekurangan kerna ku tahu setiap diantara kita tidak sempurna Rasullulah.Hanya setiamu itu kuharapkan.Aku tidak akan menduakan mu walau kilauan menggoda.Kasih dan sayangku tetap utuh untukmu.Hanya kupinta darimu setialah selamanya sehingga Abadi.Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan agar ia terpahat indah dihati kita berdua.

Setiap hari ku mohon agar kau sentiasa memberiku ketenangan dalam hati dan kekuatan bagi menempuh segala dugaan yg mencabar.Pasti punya ertinya kan.Engkau beriku harapan untuk menjawab segala persoalan bagi menghadapi semua dengan tenang.Hadirmu dalam hidupku meredakan kemusykilan cintaku dan hadirnya dikau dalam hidupku menghilangkan gerhana jiwa.Janji cintaku setia padamu ku dakap erat dalam setiap langkah biar apa pun yang melanda.

Kau pelita hatiku yang menerangi setiap sudut sanubariku.Kaulah mimpiku,kau realitiku yg mewarnakan duniaku.Mari kita membuka hati agar jujur saja,turuti kata nurani.Marilah kita membuka hati agar jujur saja tak mungkin hadapi hidup tanpa cinta.Kita hanyalah manusia insan belaka yg penuh dengan rencananya.Tuhan terangkan hati dalam sanubariku dan ku berserah segalanya kepadamu agar jiwaku tenang dgn bimbingan MU selalu.

Hadirmu membisikkan cinta yg dulu tak ku kenali.Hadirmu mendamaikan jiwa resah penuh gelora.Terbentang cinta di depan mata selembut embunnya pagi.Mengapakah kita merahsiakannya kepada diri sendiri.lama-lama hanya ada satu wajah yg dilukis rembulan.

Tuesday, November 6, 2007

Open house

Last sunday i went to my Along open house..wahhh...umah along skunk dah ada kelainan.Ada aircond katanyer...huhu..Anyway aku pergi bersama si dia dan his house mate.Sampai kul 4.00ptg.Sampai2 kena carut ngan Along sbb aku x tolong dia..huhu...achik pula asyik carutkan aku sajorkk..Alang bg aku besday present.So sweet..yg lain non ado..hahaha..Makan...makan..dan makan...Si dia x malu utk berborak ngan kawan aku dan bersama adik bradik ku yg lain.So sweet.Seronok sgt.

After that aku bergerak ke rumah lagi satu.Rumah kawan si dia di Damansara.Makan lagi..hehe..Aku berjumpa dgn kwn baik si dia.Dah lama tidak ketemu...Masuk rumah,salam and terus duduk...makan rendang bersama nasi lemak..SEDAP!!!!!tp x leh tambah sbb takut gemuk..wakakaka...After makan si dia menyuruh aku bersama dia di dalam bilik kawan dia utk melihat gambar2 yg menarik...kata nyer takut aku kena kidnap...hehhe..sayang juga dia kat aku...balik umah terus zzzzzzz....ngantuk uolsss..hehe..dia peluk ku dgn erat..ku dapat merasakan yg si dia menyayangiku sepenuh hati...

Hari nie 6/11/2007 genap aku bersamanya sebulan...wlu pun baru tp kurasakan sudah lama bersama...ermm..."jiwa menerima sayang,Hati menerima cinta.Cinta menakluki rindu,diri ini memilikimu".hehe..so sweet...Ku terasa diri ini telah di miliki..

p/s comel nyer gambar berdua di atas...siapakah gerangan empunya badan...

Sunday, November 4, 2007




Erm..Rasanya dah lama aku x menulis dlm dairi ini.Banyak perkara yg belaku yg membuatkan aku happy.

Hari isnin lepas merupakan hari lahir aku.Seperti biasa aku menharap si dia adalah insan yg pertama memberi kata "SELAMAT HARI LAHIR".Jangkaan aku tepat sekali.Dia adalah insan yg pertama yg ucap pada ku.Aku sungguh terharu.Thx dear.Appreciate it.Malam dia mengajakku ker TGIF utk menyambut besday ku.Ku ingat hanya makan biasa berkawan house mate tetapi aku di datangi oleh pekerja TGIF dan membawa aku sebiji kek.Aku berdiri diatas kerusi atas arahan pihat pekerja.OMG malu nyer aku rase.Hehehe...Ko mampu..hehe..non ado..Aku happy sgt dan terkejut pada waktu tu.Selepas tu aku menyambut bersama Family aku yg semuanya PLU.hahaha...Semua ada kecuali Alang.Masing2 membawa couple masing2 kecuali Acu.Muka mcm cipap kebau...la la la..1st time aku kenalkan si dia pada Along.Seronok.


Semalam aku pergi tint kereta dia.Niat dihati nak pergi awal non ado...tertido uolss..hahahaa...
Aku keluar umah dalam kul 1 then terus ker Setapak.Jalan jammed.Sampai Setapak kul 2 lebih hampir kul 3.Tint kereta dalam 3jam.Dia menunggu aku 3jam di lrt Wangsa Maju.Sian nyer...suruh datang x tahu tmpt..ermm...Hati menunggu tidak keruan sbb si dia dah tunggu.Siap tint kul 7mlm.Cantik menarik tertarik ko mmg de boom..pom pom pom...hehe...

Jemput dia di LRT.Sian dia dgn muka penat menunggu aku.Dia diam jer.x byk ckp.Aku pun diam jer la.Lantas dia memujuk aku...hehee..aku drive kereta ke tmpt keja sbb nak masuk keja dalam kul lapan.X sempat nak tukar seluar..pakai sajorkk seluar pendek.X makan lg dr tghari.Sampai ofis kul 7.45pm.

10.30pm-Si dia hantar sms menyuruh aku turun ke bawah.Aku pun turun,tanpa ku sangka dia belikan aku makanan.Mc D..hehee..my fav lak tu...then dia bg aku seluar jean,jaket dan kasut.Aku ingat kan seluar jean 2 dia bawa.Sampai ofis check rupanya jeket sejuk..hehehe...apa lagi salih terus...Sayang juga dia pada aku ek...Jauh dia hantar makanan utk aku...


p/s:Love the heart that hurts U but ...Never Hurt the heart that Loves YOU...

p/s:Adakan dia cinta padaku?

Wednesday, October 31, 2007

Remy the Musical

P.Ramlee adalah milik semua,Remy hanya milik aku seorang.

Saturday, October 27, 2007


APA ITU CINTA?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan utk puas dlm bercinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh-sungguh utk mencapai kepuasan dalam cinta itu.Ada yg menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta.Tapi bagi yg bijaksana mereka mendambakan cara yg sesuai dan mulia utk memenuhi keperluan cintanya itu.insan sebegini ingin hidup yg bersih dan penuh taqwa.


SIFAT CINTA

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.


CINTA WUJUD SEJAK DILAHIRKAN

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar,cinta suci murni serta putih bersih.


CINTA BERSIH

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula utk berkongsi rasa kewujudan dgn dikasihi.Sedia utk mengikat setia,serta saling memahami.Setia utk dipertanggungjawabkan kerana cinta.Sedia utk menyerah diri pada yg dicintai.


CINTA ITU INDAH

Walaupun kewujudan cintan tidak bila dilihat tetapi ia boleh dirasai dlm hati begitu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak bertopeng.Bukan sahaja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlapan dan putih bersih.


CINTA ITU MENGHARAP BALASAN

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yg dicari,bermakna cinta itu menggangap telah bertemu yg paling sesuai dan secucuk dgn jiwanya utk bersatu kenbali.Kehendak itu timbul balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya member tapi juga menerima.


CINTA ITU MENAKLUKI

Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus utk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dgn lain.Sifat ini menuntut hak utk mencintai dan dicintai.Tapi dalam pada ingin menakluki ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


CINTA ITU MENGETAHUI

Pada asanya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yg bercinta tahu siapa yg patut dicintai.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel cinta.Mereka tahu apa yg perlu dilakukan.Tapi cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


CINTA ITU HIDUP

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta adalah segala-galanya.Sayang,benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menagis.Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai org berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


CINTA ITU SUCI

Sebagaimana yg byk dikatakan org,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan.Cinta mengharap balasab cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yg baru lahir.Mereka yg kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yg tidak ada batasan kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


CINTA ITU MEMPERSONAKAN

Cinta itu bukan saja indah tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yg comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan bukan saja ianya comel tp kerana dia adalah insan yg tidak berdosa.Kerana sifat cinta yg mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yg dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri.Iyulah juga yg menyebabkan org yg bercinta itu walaupun seorg yg bijaksana akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu .Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


APAKAH ITU BUKTI CINTA

Cinta perlukan bukti.Ramai yg percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau meyerahkan apa saja yg kekasih anda mahu.mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yg dia mahu,apakah yg tinggal pada anda?Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yg dicintai.malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa atau dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur".

Friday, October 26, 2007

"Rejection"


The topic i wud like to share wif u guys is about "rejection"... *matilaaa takder apa2 kaitan dgn gambar kak nita yer... =P
Dlm hidup kiter nie... kiter bertemu dgn pelbagai situasi yg mana mengambil kira atau judgement yg mana kiter d terima or not... Kalau masa zaman2 sekolah dulu kiter d terima jadik ahli persatuan ker apa ryte... OR utk apply biasiswa contohnyer... bnyk perkara yg kiter ini akan di"pertimbang"kan... yes dats d word... If we are lucky kiter akan dpt apa yg kiter inginkan tuh... jika nasib tak menyebelahi kiter... NON ADO lah jawab nyer yer... *LOSER* opss... BUT we can change takdir dgn berusaha, berdoa serta bertawakal yer... *matilaaa tetiba rasa cam sazah... =P

Dlm meniti usia dewasa nie (bukan kertu yer... =P ) kiter perlu siapkan diri kiter utk menerima banyaaaaak 'rejection' or dlm erti kata lain negative response... Nak carik kerja contohnyer... kiter terpaksa compete with so many peps kan... Gigih g sana sini carik kerja tp ko masih tak diterima sebab ko pondan make up mampan... opsss... *maaatilaaaaa... Tp yg penting nyer kiter tak boleh putus asa yer... kiter perlu kuat! sekuat harimau! =O huhuhu... kau ado?

Dan yg paling 'euuuw' sekali [ nie topik yg nak ditekan kan sebenarnyer =D] adalah apabila perasaan biler kiter terpaksa menerima rejection dlm hubungan kasih sayang yg lebih bnyk melibatkan perasaan dalaman jiwa raga batin segala kan... Biler kiter dah sayang, tp apakan daya cinta kiter hanya bertepuk sebelah tangan rupernyer... *matilaaa kau syok sendirik... opsss... Maybe jugak sb ada nyer si perampas kan? =P ahaks perlu ker??... la la la~ Bercerai jugak is apart of a rejection yer... Dah sayang sayang tetiba ckp i luv u but i am not in luv with you...

So how do we handle this kinda feeling? Telan panadol bnyk2 supaya nak nyusahkan org lain?? *matilaa sapa tatau wat camnih... la la la... =P

Mari kiter lihat yer... apa yg boleh kiter buat utk menangani masalah ini... Actually ini drpd pengalaman sendiri sebenarnyer...

1. Memang lah perit dan pedih kan... Normal lah tuh tp ia takkan lama, you'll get over it!

2. Fahami konsep cinta tak boleh dipaksa2 yer... motip sgt ko meroyan sorang2 dia takdok pun nak kat ko! =O

3. Common laa... its not the end of the world honey... Dan ianyer bukan salah ko! Remember this... Jgn ko nak salahkan diri kerana ko tak cantik ker... apa ker kaaan... *matilaa contoh...

4. JANGAN laa cecuba to get him or her back by making drastic improvements. It won't work. Dah terlaaaaambat yer hadek2 sumer... If you do anything, do it for yourself. Now is the time to be selfish. *hambeeeek kau... huh~

5. Luangkan masa bersama dgn org yg rapat dgn kiter... Sebab tuh time bercinta jgn ko lupa daratan, lupa kawan semua... Biler perkara camnie terjadik dey ols lah tempat nak luah kan perasaan k...

6. Wat sesuatu yg uols minat like a hobby or senang citer make urself BUSY... BZ is d key word ere...

7. Amik masa dlm tempoh edah (matilaa edah katanya... ) nie utk pull yourself together again and convince urself u want this to b over...

8. If you feel that you can't get over it by yourself, get professional help. Jumpa lah kaunselor ker pak imam ker... =D blueeek...

Sebaiknyer kiter terima rejection ini sebagai suatu yg normal dlm hidup kiter... Tak semua yg kiter inginkan tuh akan kiter miliki kerana Tuhan tuh sentiasa akan menguji tahap keimanan setiap hamba2 Nya... Well kalau tidak dr segi keagamaan sekali pun... kalau kiter x belajar melalui kesilapan we will stay lost without knowing the truth out there... So Perkara2 seperti ini actually akan mematangkan kiter utk menempuh dugaan d masa hadapan yg lebih dasyat lagik...

Thursday, October 25, 2007

Duniaku


Siapakah aku?erm...biar aku citer serba sedikit siapakah aku.Dibesarkan di sebuah kg yg agak terpencil.Dibesarkan di kg dan kembali semula ke KL bersama Ibuku.Sejarah hidupku amat pahit untuk ku telan walaupun dah belas tahun berlalu.

Aku skrg yg boleh mula tersenyum sedikit walaupun berbagai masalah menimpa diriku.Aku bersyukur pada tuhan atas kurniaan kesihatan,rezeki dan memiliki tuduh yg sempurna.Aku bekerja di sebuah Syarikat Swasta dan alhamdulillah gaji yg ditawarkan agak berpatutan.Siapakah aku?