Wednesday, December 12, 2007

Ku Nukil Buatmu Ibu
















Ibu,

Aku selalu berfikir setiap kali aku ingin tidur malam.Fikiran ini tidak pernah lenyap untuk ku berfikir.Kemanakah arah tuju hidupku setelah kau tiada disisiku buat selamanya.Apakah yg harus ku lakukan?Ku pasti apabila kau tiada disisiku,akulah insan yg amat terasa akan kehilangan dirimu.Kerana ibu sering mencari anakdamu ini setiap kali ada masalah atau sebaliknya.Tiada ibu bermakna gelaplah dunia aku ibu.

Adakah aku akan menangis teresak2?Adakah aku akan pengsan?Adakah aku akan gila?Adakah aku tidak kenal erti perasaan apabila ibuku tiada disisiku?Bukan aku minta kau pergi ibu.Tp ini sudah tertulis bahawa yg hidup pasti akan mati.Satu hari pasti engkau akan meninggalkanku buat selamanya (airmata ku mula mengalir).

Ibu aku pernah terfikir sekiranya dirimu tiada lg anakmu ini pasti akan sunyi.Engkaulah buat ku tersenyum,menangis,marah,sedih,suka,duka,gembira dan ketawa.Kemana harus ku menumpang kasih,ke mana harus ku menggadu,kemana harus ku pergi.Dalam hidupku hanya kau dan aku sahaja.Ibu pun tahu yg anakmu ini tidak rapat dgn adik-adik yg lain apatah lagi dan jauh sekali utk ku bercakap.Antara adik beradikku ku tidak rapat.Kakak ku,abang-abang ku tidah pernah menggambil tahu halku atau perihalku.Hanya ibu yg tahu apa yg ku rasa sbb aku sering luahkan pada kau ibu.

Pasti aku akan rindukan suaramu dimana engkau akan menalifonku jika ku balik lambat.Sayu hatiku,hiba hatiku.Ibulah yg jaga aku.Ibulah yg jaga pakai minumku.Pasti jua suaramu akan terngiang2 di telingaku dgn memanggil dan menyebut 'peksu' panggilan manja namaku instead paksu.Oh aku tidak dpt menahan airmataku.Ibu usah biarkan ku bersendirian,usah lepaskan genggaman tanganmu,usah kau lupa padaku.Ku ingin selalu bersamamu ibu buat selamanya.

Ibu saban malam aku berfikir dan tiap kali aku fikir airmataku tumpas jua akhirnya.Ku tidak dapat menahan sebak.Ingin saja ku menangis dan memerlukmu sambil ku luahkan apa yg tersirat dilubuk hatiku.Tp ku tidak berdaya berbuat demikian ibu.Aku tidak mahu dan ingin melihat engkau menangis.Cukuplah ibu menangis dgn apa yg berlaku pd family kita.Aku ingin kau lihat anakmu ini kuat,kental,cekal,tabah,sabar dan semangat bila di depan kau ibu.Tp ibu,dibelakangmu jiwaku lemah,hatiku parah.

Tiada siapa tahu,tiada siapa boleh menduga apa yg tersirat dan terbuku di hatimu ibu.Hanya ibu sahaja yg tahu.Ibu aku tahu kau sunyi,kau sedih,kau cemburu dgn pasangan yg rumahtangganya yg masih lg bertahan.Ibu,terlalu banyak pengorbananmu ibu terhadap aku.Besar sangat.Tidak terbalas olehku ibu.Betullah kata org, ibu boleh menjaga anak 10 org tp anak 10 org belum tentu lg boleh menjaga ibu yg satu.

Maafkan anakdamu ini sekiranya aku ada membuat ibu terasa atau terkasar bahasa.Tidak sekelumit ku menyimpan dendam dan marah padamu ibu.Malah aku terlalu sayang padamu ibu.Ya Allah kau berilah ku semangat,kau berilah ku kekuatan utk ku tempuh hidup ini tanpa ibuku kelak.Mungkinkah aku tidak seceria dulu?Mungkin atau aku akan menyendiri?Hanya masa dan keadaan yg menentukannya.

Pelbagai tomahan yg ibu terima dr dulu hingga kini.Ternyata jiwamu kental ibu.Aku kagum dgn kau ibu,ibu dpt membesarkan kami dgn hanya 2 kerat tanganmu dan hanya dirimu seorg hingga anakmu ini berjaya.Terima kasih ku ucap padamu ibu.Syukur dan Alhamdulillah jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayatku IBU.