Monday, December 24, 2007

Apa lagi yg harus aku lakukan?Apa lagi yg perlu aku buktikan?Apa lagi yg pasti agar pintu hati kau terbuka utk ku.Adakah pintu hatimu belum ku ketuk sepenuhnya?Adakah kau belum yakin akan diriku?Adakah pintu hatimu belum ku sentuh?Aku tidak mengerti apa yg berlegar di fikiranmu.Engkau menyatakan bahawa aku boleh tafsirkan melalui perbuatanmu...tp apa yg kau coretkan adakah utk ku?Adakah kau belum boleh menerima diriku.Ia pasti kau menyatakan"tidak terlalu awalkah"?.Padaku sekiranya masing2 mengerti,masing2 memahami,masing2 ada persefahaman,aku rasa tidak perlu menunggu terlalu lama.

Aku tidak berdaya melakukan berseorangan.Aku perlu bantuan kau agar ia sama terjadi akan perhubungan kita.Kalau sebelah pihak yg bersungguh tp sebelah pihak lagi masih tidak pasti adakah aku harus menunggu.Aku tidak kisah utk menunggu masa.Tapi adakah apabila aku menunggu aku akan memiliki dirimu?Adilkah bagi diri kau?Aku rasa terlalu byk kau berfikir.Selagi byk kau berfikir selagi itulah perasaan takut akan menyelubungi dirimu.Rasa kesal menghantui fikiran kau.jadikan kisah silam sebagai pengajaran dan tidak perlu kita sesali.

Adakah aku membuat kau rasa bersalah?Akukah yg manambah rasa beban pada dirimu.Sekiranya ia katakan lah padaku agar kau tidak berfikir lagi.Aku pasti kau ada pendirian kau sendiri.Aku kerap kali berfikir adakah aku yg terbaik bagi dirinya?Aku akui aku tidak punyai harta utk ku lempahkan.Aku tidak punyai darjat yg tinggi utk kau banggakan.Apa yg boleh ku bangga ttg diriku iaitu aku cuma memiliki budi pekerti yg tinggi.Kenapa aku tidak dilahirkan KAYA?Kenapa aku tidak dilahirkan dalam golongan2 yg mempunyai darjat tertinggi.Aku yakin tuhan itu maha adil,sekiranya aku dilahir apa yg aku inginkan pasti aku bukan Danny yg kalian kenali.Aku bersyukur dgn apa yg tuhan berikan padaku.

Mengapa kau tidak ingin kongsi apa yg kau fikirkan padaku?Mungkin aku belum lg sesuai utk kau kongsi apa yg kau fikirkan.Luahkan lah pada ku agarku mengerti apa yg terlintas di fikiran kau.kadang aku tidak mengerti akan dikau.Adilkah perasaan hatimu.Apa yg harus diri ini lakukan dan yg pasti diri ini masih menagihkan kasih sayang dan cinta pada insan yg bergelar KEKASIH.