Thursday, November 6, 2008
p/s:Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Biarlah diri sendiri yang mengetahui isi kandungan cinta itu sendiri.
Thursday, October 30, 2008
Tuesday, September 23, 2008
It's about drama and love and 'lationships and when the going gets tough you deal with it and you dont ever, you never walk away from it.You hold on, you be strong.It's about drama and trust and making it.If your somebody mess up you take it in dont let nobody come between you, you just stay with them.You hold on, and be strong and hold on, yes i do.
It's not about the stupid things that we say.We're always saying stupid things anyway.It's not about the secrecy of the lies.Everybodys gots a secret to hide.It's not about who was he, who was me, who's creeping on whom.Wont matter if the both of us lose.It's really not about nothing, cept for me and you.
Aint about my pride.Aint about myself.It's about me and you, and no one else.Aint about the hurt.Aint about the lies.Aint about the crazy things thats running through my mind.It's about the love thats supposed to last and never die...
Sunday, September 21, 2008
Thursday, September 18, 2008
Untuk mencari yang betul setia pada aku...TIADA.TIADA YANG SETIA KERNA KITA INSAN YANG LEMAH...lebih-lebih lagi diri kita yang berlawan arus.Banyak dugaan yang bakal kita terima dan lalui.
Senang la kau lemparkan dengan kata-kata tidak perlu fikir.Aku yang menanggung semua ini.Tiada siapa faham isi hati kita.Kita ingin orang lain fahami kita,tetapi pernahkah kita faham diri kita terlebih dahulu.Cintailah diri kita dahulu barulah mencintai orang lain.Mengapa perlu hipokrit.Jikalau tidak bersedia untuk bercinta mengapa perlu beri harapan?
Wahai dairiku....mengapa harus semua ini terjadi?Bersedialah dengan ujian seterusnya..Adakah aku gagah laluinya?Aku hanya berserah...
Wednesday, June 25, 2008
Ada kau dan dia bukan ku yang mahu.Oh!tuhan kuburlah hatiku.
Saturday, June 14, 2008
Wednesday, June 11, 2008
Perlukah aku meneruskan permainan sebegini?Di mana silapnya?Adakah aku sendiri?Persekitaran?Rakan-rakan?atau ....
p/s: aku pastikan diri aku tidak akan terguris lagi.hanya mampu untuk berdiam diri.Tidak perlu emosi kerana ia merugikan masa,tenaga dan minda aku.Aku hanya perlu fokus pada pembelajaran dan kerja aku.
Thursday, March 13, 2008
“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
Tuesday, March 11, 2008
Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!"
KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.
Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utara tanah air.
Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelah membaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenai kehidupan seorang ibu yang terbiar.
Kehadiran surat Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi. Kisah Adi akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargai ibu juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiada tandingannya di dunia ini.
Begini kisah Adi: "Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
"Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.
"Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung.
"Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab ke atas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya.
"Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati.
"Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.
"Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.
"Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.
"Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan.
"Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung.
"Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar.
"Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.
"Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembam dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.
"Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri.
"Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.
"Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak.
"Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?
"Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat.
"Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Saya jelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.
"Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal.
"Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.
"Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah.
"Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.
"Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu.
"Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.
"Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini.
"Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu. Alhamdulillah...'' begitu Adi menutup kisahnya.
Dalam air mata yang masih bergenang di kelopak saya membaca kisah Adi berulang kali. Terasa amat sebak di dada. Termenung panjang saya mengenangkan keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dan kesilapannya terhadap ibu tersayang.
Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.
Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibu bapa. Hargailah mereka.
Sunday, March 9, 2008
6 negari jatuh ketangan Barisan Alternatif (BA) seperti Pulau Pinang,Kedah,Perak,Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.Satu keputusan yang agak mengejutkan bagi aku dan gembira juga apabila rakyat inginkan perubahan.Dibawah pemerintahan Pak Lah banyak perkara yang tidak disenangi rakyat dimana Petrol naik mendadak,harga barang meningkat,toll tidak henti2 naik.Ini bermakna rakyat tidak puas hati atas pemerintahan Pak Lah dimana rakyat Malaysia mula merasa ketidak percayaan terhadap pemerintahan Pak Lah.Lihat lah kejatuhan banyak negeri yang sekarang diterajui oleh BA.Kita juga harus menyokong perubahan yang bakal dijanjikan oleh BA.Lihat sahaja sejauh mana BA boleh mentadbir negeri dan negara.
Kejatuhan Menteri2 yang tidak dijangka turut mengejutkan aku dan rakyat.Dimana gelombang tsunami pengundi tidak mengenal calon samada BN atau BA.
P62 SUNGAI SIPUT |
Jumlah Pengundi: 47,424 Peratusan Kaum: M: 37.41% C: 39.57% I: 22.96% L: 0.06% |
1. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) (16,458) 2. Datuk Seri S. Samy Vellu (BN) (14,637) 3. Nor Rizan Onn (Bebas) (864) |
Majoriti: 1,821 Jumlah undi: 32,960 Peratus mengundi: 69.5% Undi rosak: 1,001 |
Penyandang: Datuk Seri S. Samy Vellu (BN) (Majoriti: 10,235 undi) |
P46 BATU KAWAN |
Jumlah Pengundi: 47,378 Peratusan Kaum: M: 20.4% C: 55.57% I: 23.66% L: 0.37% |
1. Prof. Dr. P Ramasamy (DAP) (23,067) 2. Tan Sri Koh Tsu Koon (BN) (13,582) |
Majoriti: 9,485 Jumlah undi: 37,289 Peratus mengundi: 78.71% Undi rosak: 640 |
Penyandang: Huan Cheng Guan (BN) (Majoriti: 8,998 undi) |
P60 TAIPING |
Jumlah Pengundi: 65,888 Peratusan Kaum: M: 35.45% C: 49.93% I: 13.86% L: 0.76% |
1. Nga Kor Ming (DAP) (28,098) 2. Datuk M. Kayveas (BN) (16,800) |
Majoriti: 11,298 Jumlah undi: 46,510 Peratus mengundi: 70.59% Undi rosak: 1,612 |
Penyandang: Datuk M. Kayveas (BN) (Majoriti: 2,172 undi) |
P121 LEMBAH PANTAI |
Jumlah Pengundi: 56,650 Peratusan Kaum: M: 54.56% C: 27.04% I: 18.21% L: 0.26% |
1. Nurul Izzah Anwar (PKR) (21,728) 2. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN) (18,833) 3. N. Periasamy (Bebas) (489) |
Majoriti: 2,895 Jumlah undi: 41,289 Peratus mengundi: 72.88% Undi rosak: 239 |
Penyandang: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN) (Majoriti: 15,288 undi) |
Inilah pilihan raya yg terburuk pernah dicatatkan oleh Barisan Nasional selepas tahun 1973.Walaupun pada tahun 2004 BN menang mudah dengan majoriti kerusi 199 daripada 214 kerusi.Mampukah Parti BA membuat perubahan?Adakah mereka akan tunai janji-janji yang mereka taburi pada rakyat?Sama-sama kita lihat pemerintahan BA.Agak gembira rasanya hatiku apabila aku inginkan satu pembaharuan.Adakah pembaharuan ini akan berjalan?atau janji-janji palsu semata-mata?atau mainan politik dalaman sahaja?
Eksekutif
Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.
Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:
1. Melantik seorang Perdana Menteri.
2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.
3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.
Perundangan
Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:
1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.
Kehakiman
Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah:
1. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.
2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).
3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.
4. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.
Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim.
5. Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.
6. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.
Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.
Selain tiga fungsi ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi seperti berikut:
1. Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.
2. Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
3. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
4. Sumber penghormatan dan kebesaran.
5. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap diplomat asing.
6. Menghadiri pelbagai majlis dan acara.
Soalan:
1.Mengapa Agong negara kita seakan tiada fungsi sekadar patung perhiasan Istana?
2.Dimanakah hak2 Agong konon nya Baginda berhak melantik seorang Perdana Menteri?
Wednesday, February 27, 2008
For You My Boo...
Show start dalam 10.45pm.Pembukaan lagu Dayang sayang Kamu dan diikuti dengan lagu fav aku Hakikat Cinta.Apa yang menyeronok kan aku dayang menyanyikan lagu kegemaranku "Listen" by Beyonce secara medley.Ada incident yang berlaku dimana kwn-kwn ku menyatakan yang aku burn CD Dayang.Cipap sangat..Aku burn Mariah Carey tau..hehe..Nie si Rupaul la punya keja dan Schon pula mengia kan nya.Apa lagi Dayang pun terus blacklist aku.Hahaah..But it's was fun guys.Love u guys n Love u B.Muah!!...Show berakhir kira-kira 1.00am.
Selepas habis show Dayang aku dan si dia balik ke rumah untuk mengantar Musni dan Din pulang sambil menggambil barang-barang kami untuk ke Johor.Kami bertolak dari rumah 1.30m ke Johor kerna B ada meeting di sana.Nasib baik aku cutikan boleh temankan dia.Hehe...Sampai petronas Seremban dalam kul 2.15am utk isi minyak dan tukar driver.Aku yang mengambil alih utk drive.Dr seremban drove ke JB menggambil masa dalam 2jam 30minute.Laju juga aku bawa.Mana tidak nyer speed sampai 120km/j ker 140km/j.Hehe..Si dia usah citer la dah berdengkur tido sbb esok nak bangun awal.Sian B tido dlm keta.Sbb tu aku bawa laju nak bagi dia rehat.Sampai JB dalam kul 4.30am.Cari hotel untuk kami stay sampai sesat barat uols.Erm..Check In kul 5.00am.Sampai bilik siap-siap untuk tido.Yang penting si dia lupa nak bawa ubat gigi.Kannn...dinch gosok gigi pakai ubat gigi..haha...
Aku dengan selamba tidak boleh melelapkan mata sbb tune tido aku dah lari sebab dah biase keja malam.Huhu...golek sana,golek sini,pusing sana,pusing sini dan pukul 7.30am.kejutkan dia utk ke meeting.Mandiiiiiiiiiiii...Hantar dia ke tempat meeting.Yang penting kata kat aku "jangan gatal-gatal"hehe...suke..suke...Sayang juga dia kat aku kan...Sampai hotel kul 9.00am.tidoooooooo..bgn kul 3.00pm.4.40pm bgn mandi dan siap-siap utk pulang ke KL.Singgah di jenjatas Ayer Keroh.Makan di siteww...8.15pm singgah di Nilai sbb si dia nak jumpa adiknya utk menggambil hadiah besday.Sampai umah kul 9.45pm.Mandi-mandi dan terus tido.
Sunday, February 24, 2008
Keluarkan uwang melalui KWSP utk belajar.I should have at least Master or Degree if i want higher position.Biarlah bersusah-susah dahulu senang kemudian.Aris ada mengatakannya yang dia akan menggambil aku buat Master dr dia kalau dia dapat kerja kat Lim Kok Wing.Dia yang akan mengajar.Terfikir juga aku.Now klu tukar keja dan gaji banyak tp qualification tidak ada no point juga,at least i ada Degree or Master then i can find a job yang gaji lebih tinggi.
Sekarang ramai pelajar yang bijak pandai.So i have to compete with them untuk aku diterima on the market.Kalau aku nak sambung belajar aku ingin mengambil course in Mass com.It's really me.Haha...I hope my mission nie will success.Cemburu juga bila lihat kawan-kawan aku yang sambung belajar,even aris pun ada PhD.Erm...Memang la belajar kena pakai banyak duit,tp kalau aku manage betul-betul duit tu maybe i can continue study.
Aku x nak membazirkan masa ku dgn benda lain.Biar abang-abang lihat bahawa adik dia boleh buat tanpa pertolongan mereka.Dan juga aku ingin buktikan pada semua saudara-saudaraku yang aku juga mampu untuk sambung pelajaran.Doakan aku semoga berjaya kelak.
Friday, February 22, 2008
If I could capture all my love
this, I tell you, I would do...
I'd put it in a keepsake bottle
made especially for you!
You'd never, ever have to be blue,
'cause you'd have plenty love
to last all the year through!
So, here is a special bottle,
though not all my love would fit,
I still stuffed tons of hugs & kisses
down inside of it!
Every time you feel down or sad, just remember this little bottle of love! You can take hugs and kisses out any time you need to - and they'll never run out!!
You can even share them with your friends, there's plenty of love to go around!
Thursday, February 21, 2008
Wednesday, February 20, 2008
Tuesday, February 19, 2008
HaPpY bEsDaY aLoNg
Happy besday Along
Kami Sayang Along
Dif-dif terhormat
Along dan Angah
Alang dan Achik
Acu dan Ben
Alahai,comelnya kalian berdua...
Angah dan Acu
Abg dark dan Achik...
Acu dan Along
Abg Dark pasrah...
Terima Kasih angah ucapkan pada semua kerana sudi menjayakan program yang dirancang dan semuanya berjalan lancar.Syukur pada Tuhan.Kepada B terima kasih yg tidak terhingga.Saya sayang awak..Muah!
p/s:akan datang besday achik...
Saturday, February 16, 2008
My Love's name begins with: M
Monday, February 11, 2008
Aku ingin bermimpi
Mimpi yang sangat indah
Saat kita bertemu dan bermesra
Ketawa riang tersenyum gembira
Duduk berdua melihat Sang Pelangi
Tika rintik hujan meniti pergi
Di bawah hembusan sepoi angin petang
Sang Guntur kemilau di ufuk barat
Sore menjelma tiba
Kau pimpin tangan ku
Bersama kita pulang
Membawa seribu erti gembira kehidupan
Namun itu cuma mimpi
Mimpi yang ku cipta dari sisa-sisa memori ini
Yang ku kutip dari deraian air mata
Dari titis goresan luka hati
Ku gaul bersama debu harapan yang punah
Luluh bersama cinta ku pada mu
Lalu ku ciptakan menjadi satu objek nan indah
Menyinari tidur malam sepi ku
Membuat ku senyum dalam tangis tidur ini
Sayang
Ku mengerti..ku memahami
Cinta tak semestinya bersatu
Kasih tidak semestinya mekar bersemi
Walau ku tunggu bertahun lagi
Entahkan bila pintu hati mu mampu ku ketuk
Mungkin ini takdir
Untuk harus ku terima
Luka di tangan mampu di balut
Luka di hati siapakan tahu
Entah lusa.. entah bertahun..
Bilakan sembuh..manakan ku tahu
Cuma ku pasti
Potret kasih yang pernah kau hulurkan
Akan kukuh mekar di hati ini
Cuma menjadi memori indah
Untuk ku kenang di masa senggang ku
Thursday, January 31, 2008
Monday, January 28, 2008
You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.
You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.
You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.
You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.
You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.
You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.
You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.
Success comes rather easily for you... especially in business and academia.
Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.
You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.
You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.
You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.
You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.
And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.
You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.
You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.
You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.
Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.
You are loving, compassionate, and ruled by your feelings.
You are able to be a foundation for other people... but you still know how to have fun.
Sometimes your emotions weigh you down, but you generally feel free from them.
You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.
You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.
But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.
You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.
You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.
You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.
You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.
You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!
You want to be an angel or a devil... you can't decide which.
No wonder you seem moody and even a little dangerious.
You've got some major mystery going on, so work it!
Your personality is the strongest of all signs, making you hard to deal with.
While you're ruthless to your enemies, you're loyal to your one true love.
Saturday, January 26, 2008
Friday, January 25, 2008
Monday, January 21, 2008
Dia pun pujuk la aku,kata x der rezeki.Aku punya lah depressy uols...terus x der mood.Kenapa lah aku nie x cukup tinggi.Baru berangan nak keja air asia.Manalah tahu boleh bawa mak aku ke Mekah ker..Umrah ker..dinch dapat uols...Pengajaran buatku.Sebelum pergi ukur tinggi dulu..kannnn....so aku pun kena keja sebagai Customer Service Supervisor (insyallah akan di naikkan pangkat).huhu...
Friday, January 18, 2008
Position | Flight Attendant |
Work Location | LCCT Sepang |
Date Posted | Friday, December 14, 2007 |
Requirements
- Male & Female (Malaysian)
- Age: between 20 and 30 years old
- Male: Height minimum 170cm, maximum 183 cm barefoot
- Female: Height minimum 157cm, maximum 170cm barefoot
- Eyesight: 6/9
- SPM with credit in English and Bahasa Malaysia or equivalent
- Good communicational skills
- Happy, fun personality
- Fluent Spoken English and Bahasa Malaysia
- 1 recent colour passport size photograph
- 1 recent colour full body photograph (post card size) (3R)
Erm...esok aku akan menghadiri interview Air Asia.Macam-macam perasaan yang aku rasa.Gementar,takut dan sebagainya la.Sah2 malam nie aku dah prepare utk interview esok.Siap bawa alat-alat meka-up bukan make-up muka ye uols tp minyak wangi,gel rambut,moisturising dan yg penting bawa masks.Hahaha...Kawan aku ada bagi tahu tips-tips untuk gie interview.Dia dah keja kat air asia.Pompuan uols.Kawan ofis lama aku.Semua dah siap dah.Aku cuma berserah sahaja pada tuhan.Wish me luck ok.
p/s:will up date u guyz later k....
Tuesday, January 15, 2008
Sunday, January 13, 2008
Marah
Aku pun dgn pantas berjalan ke LRT menuju ke ofis.Sampai di ofis dalam kul 7.55am.Perut terasa lapar juga.Lihat rakan ofis makan nasi lemak teringin nak makan tp takut gemuk.erm...Kawan aku ada menyatakan dia ingin membeli bfast.Aku pun kirim la nasi lemak lauk paru.Tension punya pasal tak fikir pasal gemuk dah.Dalam kul 9.30am sambil layan nasi lemak n nengok movies aku perpaling di pintu ofis dan melihat seorang yg macam pernah aku lihat tp dimana ya.Terus aku ke pintu Utama ofis dan melihat Musni kawan si dia merangkap housemate kitaorg datang membawa sejambak bunya ros.Aku terpana dan terkasima seketika.Bila melihat bunya yg di beri sejuk mata melihat.Ye la fav bunga aku ialah bunga Ros.Ada kad diberi.Bila terbaca aku tergelak dan gembira.Ayat nya berbunyi begini:
Kenapppppppps!
Kalu merajuk nanti cepat toi!
Muah!
p/s:Selamat Hari Lahir buat Musni.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Saturday, January 12, 2008
Written by Siti Nurhaliza | |
Friday, 11 January 2008 | |
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. |
Thursday, January 10, 2008
Sunday, January 6, 2008
Ia hanya sekadar memahami dan mendalami kau dgn lebih dekat lagi.Setiap manusia melakukan kesilapan.Tetapi aku belajar melalui kesilapan.Kadang aku rasa perasaan aku dgn kau agak jauh.Kadang aku rasa aku dgn kau dekat sekali biarpun kau jauh dari pandangan mataku.Kadang aku rasa macam-macam.Kadang aku ingin memelukmu seerat genggaman tanganku,tp ada satu pemisah yg membuatkan aku berbuat demikian.Aku pasti mesti kau ingat tarikh ini,bukan engkau tidak mahu ucapkan pada ku mungkin kau beranggapan masih terlalu awal utk di ucapkan.Bukan?Atau kau agak payah utk meluahkan nya.Apa yg pasti aku tetap ingat tarikh keramat antara kau dan aku.
p/s: Selamat ulangtahun perkenalan yg ke 3 bulan.
Saturday, January 5, 2008
Friday, January 4, 2008
Banyak orang yang mencari kebahagiaan sejati dengan berbagai cara, namun, seringkali malah menderita hidupnya. Seringkali yang didapat hanya kebahagiaan sementara, atau semu.
Narkotika, dugem, alkohol, kesenangan pribadi, dan berbagai candu lainnya; cenderung justru menghancurkan pada akhirnya.
Lalu saya menemukan quote dari Nenek Eleanor yang bagus ini :
Happiness is not a goal; it is a by-product.
Kebahagian sejati bukan tujuan, tetapi adalah hasil sampingan (dari pekerjaan lainnya).
Apa “pekerjaan lain”-nya itu? Salah satunya mungkin adalah ini.
Ada banyak lagi quote bijak lainnya dari ibu yang satu ini. Selamat menikmati.
What is to give light must endure the burning.
Absence makes the heart grow fonder.
Freedom makes a huge requirement of every human being. With freedom comes responsibility. For the person who is unwilling to grow up, the person who does not want to carry is own weight, this is a frightening prospect.
Friendship with ones self is all important, because without it one cannot be friends with anyone else in the world.
I think, at a child’s birth, if a mother could ask a fairy godmother to endow it with the most useful gift, that gift should be curiosity.
In the long run, we shape our lives, and we shape ourselves. The process never ends until we die. And the choices we make are ultimately our own responsibility.
It is better to light a candle than curse the darkness.
It is not more vacation we need - it is more vocation.
It takes as much energy to wish as it does to plan.
No one can make you feel inferior without your consent.
Only a man’s character is the real criterion of worth.
Understanding is a two-way street.
When life is too easy for us, we must beware or we may not be ready to meet the blows which sooner or later come to everyone, rich or poor.
When you cease to make a contribution, you begin to die.
Women are like teabags. We don’t know our true strength until we are in hot water!
You can’t move so fast that you try to change the mores faster than people can accept it. That doesn’t mean you do nothing, but it means that you do the things that need to be done according to priority.
You gain strength, courage, and confidence by every experience in which you really stop to look fear in the face. You are able to say to yourself, ‘I lived through this horror. I can take the next thing that comes along.’
Wednesday, January 2, 2008
Sejak kita mampu mendengar, kita diinformaskan bahawa amal yang bererti bukanlah amal yang besar atau amal yang lahir dari tangan−tangan besar atau ia hadir dari kebesaran dan kekuasaan seseorang. Namun, amal yang begitu menyentuh hati adalah amal yang dilakukan dengan melibatkan hati sebagai aktor utamanya. Hatilah yang berperanan besar bagaimana suatu amal itu mampu mengubah kebekuan hati penerimanya.
Amal, haruslah digerakkan dengan tangan−tangan kecil yang tulus. Tangan−tangan yang tak terlihat (invisible hand), namun bisa dirasakan keadaannya memenuhi rongga−rongga jiwa yang kontang. Besarnya amal atau kemanfaatannya, akan sirna bila tangan−tangan kecil itu tak bergerak.
Tak bergerak atau berhenti bergerak atau tidak mahu berusaha menggerakannya walau perlahan sekalipun. Padahal Rasul yang mulia, Muhammad telah membatasi perilaku amal kita bahwa Mengerjakan amal karana selain Allah adalah syirik, namun meninggalkannya adalah iya".
Syirik, bererti membiarkan tangan−tangan kecil itu terpasung dan membuatnya tak bergerak. Tetap iya" bererti tidak mahu berusaha menggerakkan tangan−tangan itu dari kekakuan gerak keikhlasan.
Berhenti, bisa difahami sebagai tanpa gerakan. Ia jumud, dan juga tidak produktif menghasilkan amal yang berkualiti. Walaupun ada, nampaknya amal itu akan lebih hina daripada debu jalanan sekalipun. Sebab, bila amal yang tidak berkualiti hanyalah akan sirna seiring tiupan angin yang menerpa debu jalanan. Hilang seketika tanpa bekas−bekas yang terguris bererti.