Tuesday, January 15, 2008

Mendonggak kelangit biru,terbang di udara yang percuma.Tidak perlu aku berfikir tentang dunia yang penuh tipu helah dan perjuangan.Boleh saja aku pergi kemana sahaja yg ingin aku terbang tanpa ada rasa bersalah.Pasti seronok bukan?Tidak perlu berfikir,tidak perlu menangis,tidak perlu semuanya.Apa yang aku perlukan hanya lah terbang bebas di udara.Begitulah rasanya burung-burung yang terbang bebas di udara sambil bermain di atas sana.Hanya menggunakan satu dialek untuk difahami semua.Perasaan yang kosong tanpa gangguan sesiapa.
Angin bertiup tanpa sebarang gangguan.Menggikut aluran angin dan sambil memerhati persekitaran.Melihat indahnya ciptaan Tuhan.