Sunday, January 6, 2008

Hari ini genap 3 bulan aku mengenali dia.Terima kasih kerna memberi aku peluang untuk mengenali dirimu.Banyak perkara yg telah berlaku sepanjang 3 bulan aku bersamanya.Suka,gembira,pahit,gaduh,masam muka,gurau senda,merajuk,menagis,ketawa dan banyak lagi.Banyak pengorbanan yg telah kau dan aku lakukan bersama.Sekiranya aku ada melakukan kesilapan dan membuat kau terluka,aku mohon ampun darimu dr hujung rambut hingga hujung kaki.Tidak terlintas di hati ini utk menyakiti dirimu.

Ia hanya sekadar memahami dan mendalami kau dgn lebih dekat lagi.Setiap manusia melakukan kesilapan.Tetapi aku belajar melalui kesilapan.Kadang aku rasa perasaan aku dgn kau agak jauh.Kadang aku rasa aku dgn kau dekat sekali biarpun kau jauh dari pandangan mataku.Kadang aku rasa macam-macam.Kadang aku ingin memelukmu seerat genggaman tanganku,tp ada satu pemisah yg membuatkan aku berbuat demikian.Aku pasti mesti kau ingat tarikh ini,bukan engkau tidak mahu ucapkan pada ku mungkin kau beranggapan masih terlalu awal utk di ucapkan.Bukan?Atau kau agak payah utk meluahkan nya.Apa yg pasti aku tetap ingat tarikh keramat antara kau dan aku.


p/s: Selamat ulangtahun perkenalan yg ke 3 bulan.