Esok genap seminggu selepas hari Valentine's Day.Terima Kasih yang tidak terhingga kepada B.Walaupun beberapa hari berlalu,terlalu banyak perubahan yang telah kau lakukan.Impaknya sangat besar.Saya harap perubahan yang kau lakukan kekal sampai bila-bila dan sama-sama kita binanya agar ia terpahat indah dihati kita.Aku bahagia sama sekali atas perubahan yang kau lakukan.Bukan aku tidak bahagia atau gembira sebelum ini tetapi aku rasa lain,layanan yang kau berikan padaku amat besar.Jangan salah faham ek.hehe...
Aku juga harus menyelami hati kau jua agar ia menjadi lebih indah.Sekiranya aku ada melakukan kesilapan atau kesalahan dan kata-kata ku menguris perasaan kau selama ini aku mohon ampun dan maaf.Kau pun mengetahui bahawa aku amat amat amat menyayangi diri mu.Hanya dikau yang bertahta di hati ku ini.Terima Kasih banyak-banyak.Muah!
Along,
Angah ucapkan ribuan terima kasih kerna selama ini kau menjagaku dan mengambil berat ke atas diriku.Walaupun sejak kebelakangan ini angah sibuk bekerja dan sibuk mengguruskan rumahtangga tidak bererti angah lupa akan along.You always in my heart forever.Banyak kenangan yang kita harungi bersama.Susah senang,gelak ketawa,menangis bersama dan sebagainya.Terima kasih angah ucapkan pada along dan Tuhan kerna menemukan kita sebagai adik beradik.
Achik,
Sekiranya angah ada marah achik selama ini,angah mohon maaf.Angah marah atau tegur bukan angah benci tetapi concerned angah terhadap achik dan angah sayang pada achik.Angah tidak mahu orang lain berkata yang bukan-bukan pasal achik.Angah nak achik berjaya dalam hidup.Angah tahu achik boleh lakukannya cuma mahu atau tidak.Jangan ikutkan perasaan kelak diri sendiri yang bahaya.Achik jangan bimbang kami semua sayangkan achik.Walau apa pun orang lain cakap pandangan angah pada achik tetap tidak akan berubah.Angah sayang pada achik.Banyak suka duka kita harungi bersama.
Alang,
Nie lagi sorang.Adik angah yang degil dan kekwat.Haha..Alang angah sayang pada alang.Angah akui angah jarang meluangkan masa bersama alang tetapi tidak bererti angah lupa pada alang.Angah doakan alang bersama Chumie berkekalan hendaknya.Insyallah.
Acu,
Owh!Nie that it's la.Adik yang paling degil semalaya.Hahaha...Nak menang jew..hiks.Acu angah mohon maaf sekiranya angah ada buat acu terasa hati walaupun acu banyak melukakan hati angah tetapi sebagai seorang abang angah banyak mengalah dan beri apa-apa pun pada adik bongsu angah nie.Angah ucapkan ribuan terima kasih kerna sudi hadir dalam diari hidup angah.Adik angah yang paling manja sekali.Jangan nak ting tong sangat ek..Jangan selalu MC.x baik tau termasuk along n achik...oppsstt..Utama kerja dahulu ok.Angah sayang acu.
Kepada rakan-rakan danny...Danny ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana kalian semualah yang menyerikan hari-hari danny dan kisah dairi hidup danny.Danny sayang kalian semua.Muah!!Semoga Allah membalas jasa kalian.