Thursday, September 10, 2009

Warkah dari Bandung-Kuwait

Untuk kekasih ku yang jauh disana namun terasa dekat di hatiku


Jika suatu hari,entah sekarang besok ataupun nanti aku tak bernapas lagi ketahuilah bahwa cintaku padamu adalah hadiah terindah yang pernah aku dapatkan...waktu mengenal mu dan bisa merasakan kasih sayang mu itu ternyata hati yang pilu laksana disayat sembilu karena cinta bukanlah mimpi yang datang saat tidur dan pergi dikala bangun,tapi cinta adalah pengharapan luhur dari hati yang pernah merasakan cinta dan kasih sayang yang tulus yang menbuat diriku damai tenang dan terasa indah bila ku bersama dirimu kasih.

Aku mencintaimu seperti angin yang lirih mengusap batang2 bambu seperti lilin menerangi kegelapan seperti kokok tiap pagi buta seperti batang karet memeluk getah nya selalu terjaga kapan pun kau ada.

Rinduku terbalut waktu aku tahan walaupun nestapa membelengguku rindu ini telah membeku hingga jka tiba waktu kutemui dirimu..... kan aku lemparkan rindu yang membelenggu ku ini tepat dijantung hatiku agar engkau tau kasih sayangku ini hanya untuk mu sang belahan hatiku.

"i love you".....itulah yang pantas aku ucapkan untuknmu sayang.

Begitu puitis warkah yang dikirimkan oleh seseorang buat aku.Aku hargainya namun bagaimana harus aku katakan lagi.Aku tidak mampu menghalang orang untuk suka pada aku tp aku boleh halang utk ianya terjadi dari berlaku apa2 yang tidak di senangi.Ia benar sayang itu bukan permainan,sayang itu bukan bahan jenaka,sayang itu bukan di buat-buat ia boleh dirasai di dalam hati.


Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan:Hari Ketiga

Syukur alhamdulillah kerna kita telah pun menunaikan ibadah puasa yang ketiga.Barulah hari yang ketiga ini akku dapat berbuka bersama-sama bonda tercinta serta abang dan kakak aku sekeluarga.Perasaan seronok dan meriah apabila berbuka bersama.Riuh rendah suara berkumandang.

Apabila tiba bulan puasa aku tidaklah makan terlalu banyak sehingga melutup perut.Makan sekadar alas perut tp bila makan kuih muih mesti perut aku penuh.Lepas tu barulah makan yang berat sikit seperti nasi (apa tu....gemuk uolls),mee hon dan sebagainya.

Akan tetapi aku makan sikit jer,sahur barulah pulun habis.kannnnn...Bila bertandang ke pasar Ramadhan berbagai-bagai juadah dijual.Tetapi sedikit pun tidak membuka selera aku utk membelinya.Mungkin aku nie agak memilih juga.Takut-takut beli juadah yang tidak sedap.Biasa la bulan Ramadhan selalu orang nak cari duit untuk raya,tp jual haram jadah...haha..

Setakat ini alhamdulillah aku beli sekadar yang aku ingin makan sahaja.Habis uolls..Ye la beli kuih jer...Hari Keempat menyusul.

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam...

Kepada pembaca-pembaca blog atau follower aku{ader ker masalah nyer!!!}hehe..,di kesempatan ini ingin aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.Semoga puasa tahun ini lebih berkat dari puasa-puasa sebelum ini.

Kali puase pertama aku akan menyambutnya dengan suasana agak sederhana dan hiba kerna aku bekerja dan tiada bonda disisi disebabkan bondaku berada du rumah Kaklong aku di Setapak.Kiranya aku sambut ramadhan bersama abgku.Berbuka di ofis la jawabnya.Sedih uols..huhu.Tapi nasib baik ada adik aku.Boleh la berbuka bersama-sama walaupun tgh kering.Almaklum la tengah-tengah bulan uols,budgets aa gitu!.

Tidak sabar rase dihati untuk menjalani ibadah puasa kerna aku akan turun berat badan dengan mendadak.Insyallah akan ku pastikan akan terjadi seperti puasa-puasa sebelum ini.Akhir sekali kepada 6A,kawan2 kerja,kawan2 songsang,kawan2 mulut longkang dan seangkatan dgnnya,JANGAN TAK PUASA TAU hehe

Tuesday, August 18, 2009

Semalam aku ke klinik gigi bersama bonda dan anak-anak buahku.Tepat jam 9.10am aku sampai ke Dr Loke and Saw di Jln Samping,Hang Tuah.Sementara tunggu doc datang aku pun sempat la update status di facebook.Tepat jam 9.30am doc telah tiba lalu nama aku di panggil kerna aku sorang jer kat situ.

Maka melangkah lah kaki ku masuk ke bilik doc.Setelah baring doc cubelihat dimana kesakitan yg aku alami.Aku kata belah atas yg sakit.Checked nyer checked gigi bawah yg rosak bermakna berlubang.Dengan dipersilakan cucuklah jarum ke dalam mulut ku.

Setelah 10minit berlalu doc kembali.Aku memberitahu bahwa lidah dan mulut ku masih belum kebas lalu dipersilakan lg jarum menucuk ke mulut.Chilake nyer doc..atas bawah,kiri kanan di cucuknya..Adoiiiii...tulun..tulun...huhu..Lalu setelah kebas doc pun cabutlah gigiku...Mak oiiii....Sakit nyerrrrrrrr....

Fuh lega..pulang semula ke rumah dgn darah yg banyak skal keluar.Aku tido jer la satu hari nie.Pada belah malam nyer aku diberitahu oleh Acu bahawa Alang yg lempuk lg pundan itteewww berada di Puchong.Kami pun membuat pertemuan bersama aku,acu,alang dan adik.kami menuju ke kedai kak Ara pora the porak purande...Setelah buhsan duduk,kami bergerak ke tasik dgn harapan by fazli zainal dpt lah kire nyer berkenalan ker atau laku ker tp NON-ADO uolsss...Lantas alang yg lempuk lg pundan ittewww mengatakan yg dia baru lepas makan laksa,tiba-tiba terbukalah naluri nafsu binatang makan ku.Singgah di Veledrom~punah harapanku.

Lalu kami ke Kg Baru.Satu kg Baru Kami tawaf.Akhirnya kami terjumpa satu gerai laksa.Kami singgah makan tp abg yg jual laksa tu kata sayur dinch ado..Takper lah bang belasah jer...Fuh rase mcm makan sahur pula...practice make perfect uols...hehe.Makan sampai lebab pastu kami pulang ke rumah masing.

Nota jejari:Alang find a new journey in your life.Acu angah doakan acu akan tabah menghadapi apa yg berlaku k.Angah sayang 6A.

Saturday, August 15, 2009

Pertama kalinya aku bersyukur pada-NYA kerna ketemukan kau dan aku.Mengenali dirimu adalah satu anugerah yang paling berharga buat diriku.Walaupun hadirmu seketika namun ia memberikan kesan yang amat mendalam pada diri ini.

Genap sebulan kita berkenalan lantas pintu hati kau telah terbuka dan diketuk oleh satu sinaran baru dalam hidup kau.Kau berubah dengan sekelip mata.Kau tinggalkan aku disebabkan kau ingin kembali ke pangkal jalan dimana kau ingin bertaubat.Aku bersyukur kehadrat illahi,aku telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri kau.Kau berubah setelah apa yang aku katakan.

Disebabkan sayang aku lepaskan kau.Tiada dendam dihati,tiada amarah namum aku bangga.Kadang-kdang aku bertanya pada diriku,mengapa semua ini terjadi?Lalu pintas aku menyatakan bahawa setiap apa yang berlaku ada jawapannya tersendiri.

Walaupun agak sukar untuk aku melupakan kau tetapi ia adalah kebaikan untuk aku dan juga dirimu.Aku terpaksa belajar untuk melupakan kau sebagai teman tapi mesra.Berilah aku masa utk aku berhubung mahu pun bercakap denganmu kerna aku tidak kental utk ku hadapi.Jiwaku parah,hatiku remuk,nadiku bergoncang.Maafkan lah aku sekiranya aku ada terkasar bahasa,tersilap tutur bicara,terguris hati sepanjang perkenalan kita.Sesungguhnya kita hanyalah insan kerdil yang hanya melakukan kesilapan.

Akhir kata aku doakan semoga kau ketemu jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t.Kuatkan lah semangatmu,kuatkan imanmu nescaya kamu mampu harungi segala dugaan yang melanda.Hapuskan segala perasaan sayang dan rindu kau pada aku kerna aku kuatir jiwa kau tidak kental dan naluri kau runtuh ditelan nafsu.Aku tarik diri demi kerana kau.

Tuesday, August 4, 2009

Mulai semalam aku sudah update blog aku hari-hari.Semalam adalah hari yang paling stress buat diriku.Dugaan dan beban keja yang melampau.Sedah 3 tahun aku diam,aku pendam,aku cover staff aku dan buat kali pertamanya semalam aku telah memarahi my staff and talk to my coordinator apa yang aku rasa tidak puas hati.


From now on i have to be strong and move on.I have to work with people who can i trust with.Gi mampus dgn mereka yg dengki ngan aku.Bukan kau yg bagi aku gaji,my boss.Akan tetapi dengan secara tidak langung airmata ku tumpas jua apabila pulang ke rumah.Aku nagis semahu-mahunya.i let it go..baru lega.Maybe this is the lesson for me.Aku mengerti apa yg berlaku ketentuan dari-NYA.

Friday, July 24, 2009

Terpancar kegembiraan diraut wajahku.Kenapa?Apa yang terjadi?Apa yang pasti aku sangat gembira dengan keadaan ku sekarang.Terima kasih yang tidak terhingga kerna kau sudi hadir dalam hidupku menyinari hari-hariku.

Wednesday, July 15, 2009

Tatkala rindu bertaut ingin ku peluk erat dirimu yang lama ku rindui akan tetapi angan yang ku gapai.Tidak sekelumit rasa sayang dan cinta luput mahupun pudar dari ingatan malah ia masih segar berlegar-legar di benak fikiran lalu terpahat indah terlukis dihati.Mungkin kau alpa akan diriku.Aku tidak menyalahkan akan dirimu,apa yang berlaku adalah kehendak-NYA.Mungkin benar kata orang cinta pertama sukar dilupakan.Agak jarang untuk aku luahkan padamu tetapi hari ini aku telah merendahkan ego aku.Walaupun sudah 4 tahun berlalu terpisah,ia seakan baru terjadi.

Mengapa ku berdiam diri agar tidak berhubung dengan kau?Aku kuatir bahawa diri ini tidak kuat dan kental untuk aku melihat wajah kau.Apabila melihat kembali wajah dikau segala kenangan atau memori aku bersamamu terimbas secara tidak sengaja dan membuatkan aku...Entah lah.Andai waktu dapat ku putarkan kembali ingin sahaja aku ingin bersamamu tanpa ada rasa sifat negetif tapi aku hanya insan biasa yg tidak akan dapat putarkan kembali waktu itu.

Aku bersyukur sekali mengenalimu adalah rahmat yang paling berharga walaupun pada akhirnya kita berpisah.Kaulah mengajar aku erti sebuah perjalanan hidup yang penuh cabaran.Oleh kerana kau juga,aku berjaya mendapat segulung Diploma.Tanpa dikau aku tidak mampu berbuat berseorangan.Aku mengucapkan jutaan terima kasih pada kau yang selama kita bercinta,banyak pengorbanan yang kau curahkan.Kita terpisah oleh kerana sikapmu dan egomu itu.Namun aku percaya andai kata suatu hari nanti kamu kembali padaku terbuka pintu hatiku menerimamu semula.

Friday, June 26, 2009




Ya Allah kau sempurnakan kesihatan pada ibuku,kau kurnia kesejahteraan pada ibuku kerna aku tidak sanggup lagi melihat ibuku menderita buat selamanya...

Friday, June 12, 2009

Agak lama juga aku tidak kemas kini blog aku nie..sory la uols,aku bz sgt2 lately nie..nak internet kat opis x leh nk online kan..so pakai ker la hp aku yg x canggih mana nie..hehe..

erm...to achik,be strong and stay positif k..I know u mad at me but as your angah I always care about you..angah mohon maaf kerna tidak menjadi angah seperti yg achik mahukan..sory dik..but am always here for you..let me know if u need consultations k..

To Alang...I don't know what to say..I hope u did a right decision..angah doakan alang bjaya dlm hidup..angah mmg marah dgn apa tindakkan alang but angah respect nyer..only u know what the best for u..angah x boleh paksa alang..beside alang dh besar dh boleh buat keputusan sendiri..jaga diri baik2..angah syg alang sgt2..

Lastly to my all my sister's I love you..thabks coz stand beside me when I need u guys most..u guys always be there..no one can replace u guys..love ya..

Monday, March 23, 2009


Lihat langit dan matahari diatas sana.Kapan bila harus ku mengapainya.Alangkah indahnya jika aku boleh melonjak seriang ini seketika dahulu.Dimana sinarnya menghilang.Mengapa ada insan yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi.Apabila terlepas baru nak menyesal.Lakonan semata-mata.Aku dah mual dgn sikap manusia yang pandai berpura-pura.Di depan berkata manis tetapi belakang kita hanya tuhan yang tahu.
Aku berterima kasih pd tuhan kerna memberi petunjuk pada diriku dgn apa yang telah berlaku.Tidak ku sangka dengan riak wajahmu yang lembut dan tingkah lakumu begitu puitis sehingga hatiku terpaut.Rupa-rupanya hujan ditengahari.Aku bersyukur kerna aku bebas dari sangkar yang nafsunya rakus,tidak pernah cukup dengan satu.Apa aku nie seperti kekasih kau yang lain.Silap oranglah beb...
Tidak perlulah kau menambat hatiku kembali kerna hatiku telah tutup untuk kau dan telah berdarah dengan apa yang kau lakukan padaku.Aku tidak kesal mengenalimu tetapi menyayangimu adalah satu kesilapan yang paling besar dalam hidupku.Aku harap kau bebas untuk melakukan apa sahaja di luar sana dan tak perlulah kau tunggu aku.

Friday, February 27, 2009

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa kekegembiraa
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
saatku meragukan kekuatan diri
kau katakan akulah wira
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,ialah jangan menuntut agar kita dicintai tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik.Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yg paling baik.
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkankeikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.Waktu itu,terfikirkah kita perasaannya?SepertI kita,dia juga tahu rasa kecewa.Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.Harapan dan impian juga kita luahkan.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hinga kadang-kadang kita terlupa kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahlah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai,kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia yg punyai hati dan perasaan.Dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan.Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita sering melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.

Friday, February 13, 2009

Happy Velentine's Day

sayang thx for everything...

I always love you

Happy Velentine's Day to "B" muah3

Sunday, February 1, 2009

Thursday, January 29, 2009

"New chapter begins"

Thursday, January 15, 2009

In my life I don't mean much to anyone.I've lost my way can't go back anymore.Once I had everything now it's gone.Don't tell me again coz I've heard it all before.

Some people say that I'm not worth it.I've made mistakes but nobody's perfect.Guess I'll give it a try.I've got one last chance to get myself together.I can't lose no more time it's now or never and I try to remember who I used to be.

I've got one more chance to get myself together.The time has come for me to change again.I can't carry on like this, I will lose my friends - don't say that you have given up on me.

Just give me the time and speace to heal my head.I don't wanna be misunderstood.I've got to take this chance and make it into something good.

Sunday, January 4, 2009

Genap 4 hari berlalu meninggalkan 2008.Pelbagai onak dan duri hidup ku tempuhi sepanjang setahun lalu.Halangan dan rintangan sudahku lalui,namun ia tidak sama sekali mematahkan semangatku untuk terus melangkah mendonggak langit untukku lalui hari-hari yang mendatang.

Namun begitu kisah cintaku ditentang hebat oleh si dia.mungkin selama ini segala masalah berpunca dariku?adakah benar aku tidak memahaminya selama ini.Katanya lagi selama ini dia hidup dgn seorg pendendam.Tahukah ia mengapa aku jadi sedemikian rupa?Pernahkah dia berfikir?Tanyalah pada diri sendiri mengapa aku yg berubah.Bukan niat dihati ini utk aku memanding-bandingkan dia dgn org lain,mengapa dia tidak menjadi seperti "couple-couple" yg lain.

Kadang-kadang perasaan rawan bertaut dihati menggenangkan dgn apa yg ku lalui.Aku sendiri akui yang si dia sememangnya baik dan mengambil berat padaku.Tapi adakah perkara2 itu sudah cukup engkau lakukan?bagaimana pula perasaan aku yang ingin bersama kau tatala aku memerlukan kau.pernah kau selami hatiku ini selama ini?apa yg aku mahukan dari kau?bukan rupa dan harta jadi ukuran,cinta yg aku inginkan.skop cinta terlalu luas,pelajarilah sebelum terlambat.

Apa kau sudah tawar hati padaku?katakan saja yang kau tidak mahukan ku lagi.Aku pun tidak mahu seksa kau dan begitu juga kau.

Kadang aku mula bosan dgn apa yg terjadi dan ia membuatkan aku tidak perduli akan apa yang terjadi.Aku hanya mampu berserah,sekiranya jodoh aku sampai disini aku terima dan sekira masih bersama masing2 perlu buat perubahan agar ia tidak menjadi tanda tanya.berbincanglah atau bertanya sekiranya ada perkara yang kurang jelas atau ketidakpausanhati antara kita.Janganlah pendam kerana ia akan membakar dan merebak ke dalam hati dan jiwa kita.

Tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009.Semoga tahun baru ini membawa lembaran baru.Setiap sorang antara kita pasti punyai azam bukan?Apa azam aku biarlah aku dan hati ini sahaja yang tahu apa yang ingin ku kecapi.