Genap 4 hari berlalu meninggalkan 2008.Pelbagai onak dan duri hidup ku tempuhi sepanjang setahun lalu.Halangan dan rintangan sudahku lalui,namun ia tidak sama sekali mematahkan semangatku untuk terus melangkah mendonggak langit untukku lalui hari-hari yang mendatang.
Namun begitu kisah cintaku ditentang hebat oleh si dia.mungkin selama ini segala masalah berpunca dariku?adakah benar aku tidak memahaminya selama ini.Katanya lagi selama ini dia hidup dgn seorg pendendam.Tahukah ia mengapa aku jadi sedemikian rupa?Pernahkah dia berfikir?Tanyalah pada diri sendiri mengapa aku yg berubah.Bukan niat dihati ini utk aku memanding-bandingkan dia dgn org lain,mengapa dia tidak menjadi seperti "couple-couple" yg lain.
Kadang-kadang perasaan rawan bertaut dihati menggenangkan dgn apa yg ku lalui.Aku sendiri akui yang si dia sememangnya baik dan mengambil berat padaku.Tapi adakah perkara2 itu sudah cukup engkau lakukan?bagaimana pula perasaan aku yang ingin bersama kau tatala aku memerlukan kau.pernah kau selami hatiku ini selama ini?apa yg aku mahukan dari kau?bukan rupa dan harta jadi ukuran,cinta yg aku inginkan.skop cinta terlalu luas,pelajarilah sebelum terlambat.
Apa kau sudah tawar hati padaku?katakan saja yang kau tidak mahukan ku lagi.Aku pun tidak mahu seksa kau dan begitu juga kau.
Kadang aku mula bosan dgn apa yg terjadi dan ia membuatkan aku tidak perduli akan apa yang terjadi.Aku hanya mampu berserah,sekiranya jodoh aku sampai disini aku terima dan sekira masih bersama masing2 perlu buat perubahan agar ia tidak menjadi tanda tanya.berbincanglah atau bertanya sekiranya ada perkara yang kurang jelas atau ketidakpausanhati antara kita.Janganlah pendam kerana ia akan membakar dan merebak ke dalam hati dan jiwa kita.
Tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009.Semoga tahun baru ini membawa lembaran baru.Setiap sorang antara kita pasti punyai azam bukan?Apa azam aku biarlah aku dan hati ini sahaja yang tahu apa yang ingin ku kecapi.