Pertama kalinya aku bersyukur pada-NYA kerna ketemukan kau dan aku.Mengenali dirimu adalah satu anugerah yang paling berharga buat diriku.Walaupun hadirmu seketika namun ia memberikan kesan yang amat mendalam pada diri ini.
Genap sebulan kita berkenalan lantas pintu hati kau telah terbuka dan diketuk oleh satu sinaran baru dalam hidup kau.Kau berubah dengan sekelip mata.Kau tinggalkan aku disebabkan kau ingin kembali ke pangkal jalan dimana kau ingin bertaubat.Aku bersyukur kehadrat illahi,aku telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri kau.Kau berubah setelah apa yang aku katakan.
Disebabkan sayang aku lepaskan kau.Tiada dendam dihati,tiada amarah namum aku bangga.Kadang-kdang aku bertanya pada diriku,mengapa semua ini terjadi?Lalu pintas aku menyatakan bahawa setiap apa yang berlaku ada jawapannya tersendiri.
Walaupun agak sukar untuk aku melupakan kau tetapi ia adalah kebaikan untuk aku dan juga dirimu.Aku terpaksa belajar untuk melupakan kau sebagai teman tapi mesra.Berilah aku masa utk aku berhubung mahu pun bercakap denganmu kerna aku tidak kental utk ku hadapi.Jiwaku parah,hatiku remuk,nadiku bergoncang.Maafkan lah aku sekiranya aku ada terkasar bahasa,tersilap tutur bicara,terguris hati sepanjang perkenalan kita.Sesungguhnya kita hanyalah insan kerdil yang hanya melakukan kesilapan.
Akhir kata aku doakan semoga kau ketemu jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t.Kuatkan lah semangatmu,kuatkan imanmu nescaya kamu mampu harungi segala dugaan yang melanda.Hapuskan segala perasaan sayang dan rindu kau pada aku kerna aku kuatir jiwa kau tidak kental dan naluri kau runtuh ditelan nafsu.Aku tarik diri demi kerana kau.