Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan:Hari Ketiga

Syukur alhamdulillah kerna kita telah pun menunaikan ibadah puasa yang ketiga.Barulah hari yang ketiga ini akku dapat berbuka bersama-sama bonda tercinta serta abang dan kakak aku sekeluarga.Perasaan seronok dan meriah apabila berbuka bersama.Riuh rendah suara berkumandang.

Apabila tiba bulan puasa aku tidaklah makan terlalu banyak sehingga melutup perut.Makan sekadar alas perut tp bila makan kuih muih mesti perut aku penuh.Lepas tu barulah makan yang berat sikit seperti nasi (apa tu....gemuk uolls),mee hon dan sebagainya.

Akan tetapi aku makan sikit jer,sahur barulah pulun habis.kannnnn...Bila bertandang ke pasar Ramadhan berbagai-bagai juadah dijual.Tetapi sedikit pun tidak membuka selera aku utk membelinya.Mungkin aku nie agak memilih juga.Takut-takut beli juadah yang tidak sedap.Biasa la bulan Ramadhan selalu orang nak cari duit untuk raya,tp jual haram jadah...haha..

Setakat ini alhamdulillah aku beli sekadar yang aku ingin makan sahaja.Habis uolls..Ye la beli kuih jer...Hari Keempat menyusul.

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam...

Kepada pembaca-pembaca blog atau follower aku{ader ker masalah nyer!!!}hehe..,di kesempatan ini ingin aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.Semoga puasa tahun ini lebih berkat dari puasa-puasa sebelum ini.

Kali puase pertama aku akan menyambutnya dengan suasana agak sederhana dan hiba kerna aku bekerja dan tiada bonda disisi disebabkan bondaku berada du rumah Kaklong aku di Setapak.Kiranya aku sambut ramadhan bersama abgku.Berbuka di ofis la jawabnya.Sedih uols..huhu.Tapi nasib baik ada adik aku.Boleh la berbuka bersama-sama walaupun tgh kering.Almaklum la tengah-tengah bulan uols,budgets aa gitu!.

Tidak sabar rase dihati untuk menjalani ibadah puasa kerna aku akan turun berat badan dengan mendadak.Insyallah akan ku pastikan akan terjadi seperti puasa-puasa sebelum ini.Akhir sekali kepada 6A,kawan2 kerja,kawan2 songsang,kawan2 mulut longkang dan seangkatan dgnnya,JANGAN TAK PUASA TAU hehe

Tuesday, August 18, 2009

Semalam aku ke klinik gigi bersama bonda dan anak-anak buahku.Tepat jam 9.10am aku sampai ke Dr Loke and Saw di Jln Samping,Hang Tuah.Sementara tunggu doc datang aku pun sempat la update status di facebook.Tepat jam 9.30am doc telah tiba lalu nama aku di panggil kerna aku sorang jer kat situ.

Maka melangkah lah kaki ku masuk ke bilik doc.Setelah baring doc cubelihat dimana kesakitan yg aku alami.Aku kata belah atas yg sakit.Checked nyer checked gigi bawah yg rosak bermakna berlubang.Dengan dipersilakan cucuklah jarum ke dalam mulut ku.

Setelah 10minit berlalu doc kembali.Aku memberitahu bahwa lidah dan mulut ku masih belum kebas lalu dipersilakan lg jarum menucuk ke mulut.Chilake nyer doc..atas bawah,kiri kanan di cucuknya..Adoiiiii...tulun..tulun...huhu..Lalu setelah kebas doc pun cabutlah gigiku...Mak oiiii....Sakit nyerrrrrrrr....

Fuh lega..pulang semula ke rumah dgn darah yg banyak skal keluar.Aku tido jer la satu hari nie.Pada belah malam nyer aku diberitahu oleh Acu bahawa Alang yg lempuk lg pundan itteewww berada di Puchong.Kami pun membuat pertemuan bersama aku,acu,alang dan adik.kami menuju ke kedai kak Ara pora the porak purande...Setelah buhsan duduk,kami bergerak ke tasik dgn harapan by fazli zainal dpt lah kire nyer berkenalan ker atau laku ker tp NON-ADO uolsss...Lantas alang yg lempuk lg pundan ittewww mengatakan yg dia baru lepas makan laksa,tiba-tiba terbukalah naluri nafsu binatang makan ku.Singgah di Veledrom~punah harapanku.

Lalu kami ke Kg Baru.Satu kg Baru Kami tawaf.Akhirnya kami terjumpa satu gerai laksa.Kami singgah makan tp abg yg jual laksa tu kata sayur dinch ado..Takper lah bang belasah jer...Fuh rase mcm makan sahur pula...practice make perfect uols...hehe.Makan sampai lebab pastu kami pulang ke rumah masing.

Nota jejari:Alang find a new journey in your life.Acu angah doakan acu akan tabah menghadapi apa yg berlaku k.Angah sayang 6A.

Saturday, August 15, 2009

Pertama kalinya aku bersyukur pada-NYA kerna ketemukan kau dan aku.Mengenali dirimu adalah satu anugerah yang paling berharga buat diriku.Walaupun hadirmu seketika namun ia memberikan kesan yang amat mendalam pada diri ini.

Genap sebulan kita berkenalan lantas pintu hati kau telah terbuka dan diketuk oleh satu sinaran baru dalam hidup kau.Kau berubah dengan sekelip mata.Kau tinggalkan aku disebabkan kau ingin kembali ke pangkal jalan dimana kau ingin bertaubat.Aku bersyukur kehadrat illahi,aku telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri kau.Kau berubah setelah apa yang aku katakan.

Disebabkan sayang aku lepaskan kau.Tiada dendam dihati,tiada amarah namum aku bangga.Kadang-kdang aku bertanya pada diriku,mengapa semua ini terjadi?Lalu pintas aku menyatakan bahawa setiap apa yang berlaku ada jawapannya tersendiri.

Walaupun agak sukar untuk aku melupakan kau tetapi ia adalah kebaikan untuk aku dan juga dirimu.Aku terpaksa belajar untuk melupakan kau sebagai teman tapi mesra.Berilah aku masa utk aku berhubung mahu pun bercakap denganmu kerna aku tidak kental utk ku hadapi.Jiwaku parah,hatiku remuk,nadiku bergoncang.Maafkan lah aku sekiranya aku ada terkasar bahasa,tersilap tutur bicara,terguris hati sepanjang perkenalan kita.Sesungguhnya kita hanyalah insan kerdil yang hanya melakukan kesilapan.

Akhir kata aku doakan semoga kau ketemu jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t.Kuatkan lah semangatmu,kuatkan imanmu nescaya kamu mampu harungi segala dugaan yang melanda.Hapuskan segala perasaan sayang dan rindu kau pada aku kerna aku kuatir jiwa kau tidak kental dan naluri kau runtuh ditelan nafsu.Aku tarik diri demi kerana kau.

Tuesday, August 4, 2009

Mulai semalam aku sudah update blog aku hari-hari.Semalam adalah hari yang paling stress buat diriku.Dugaan dan beban keja yang melampau.Sedah 3 tahun aku diam,aku pendam,aku cover staff aku dan buat kali pertamanya semalam aku telah memarahi my staff and talk to my coordinator apa yang aku rasa tidak puas hati.


From now on i have to be strong and move on.I have to work with people who can i trust with.Gi mampus dgn mereka yg dengki ngan aku.Bukan kau yg bagi aku gaji,my boss.Akan tetapi dengan secara tidak langung airmata ku tumpas jua apabila pulang ke rumah.Aku nagis semahu-mahunya.i let it go..baru lega.Maybe this is the lesson for me.Aku mengerti apa yg berlaku ketentuan dari-NYA.