Friday, December 10, 2010

2 Dec - Genap sebulan bonda berada di hospital.Dari wad biasa hinggalah bilik kurantin.Berkurung hampir 3 minggu.Tuhan saja yang tahu perasaan bonda ketika itu.Bonda di masukkan di hospital pada tanggal 2 Nov.Bonda di sahkan menggidap Tibi tulang pada 4 Nov dan dikurantin serta merta.Pada saat itu bonda keakan-akan keanak-anakkan.Perlu rawatan rapi siang dan malam.Bonda kelihatan agak takut bila bersendirian di bilik kurantin.Ku mendapat berita bahawa bonda perlu menjalani pembedahan dengan segera memandangkan penyakit bonda yang agak kritikal.Tertuduk dah terjatuh bila mendengar kos pembedahan mencecah RM25,000.Harus bagaimana untuk ku tunaikan.Pada siapa untuk aku meminta.Luluh jiwaku.Jantungku seakan berhenti seketika untuk bernafas.

Ku tabahkan hati,ku kuatkan semangat untuk aku harungi dan tempuhi segala yang berlaku.Wang masih belum dapat lagi dikumpul.Doktor sudah mula tanya bila akan dapat jelaskan.Ku syukur dan berterima kasih pada tuhan kerna pertemukan si dia padaku semula.Kebetulan si dia doktor dan uruskan segala urusan kewangan.Bukan untuk membanggakan diri atau bermegah-megah.Si dia membawa aku ke Jabatan Kebajikan PPUM pada 10 Nov.Bantuan dapat disalurkan cuma RM10,000.Syukur alhamdulillah.Pihak Kebajikan meminta aku untuk menghantar borang ke Baitulmal bagi mendapatkan kos pembedahan.

Pada 14 Nov aku melangkah masuk ke Baitulmal bagi mendapatkan bantuan pembedahan.Aku bertanyakan pada pegawai apakah procedure bagi mendapat bantuan pembedahan.Setelah mendengar nasihat dari pegawai, ada beberapa dokumen perlu aku siapkan dah hantar pada mereka bagi pemprosesan.Aku lakukan sendirian tanpa bantuan adik beradik.Aku hanya ada si dia yang menolong aku dari awal hingga akhir.Setelah siap segala dokumen yang diminta aku pergi semula ke Baitulmal bagi menghantar dokumen untuk pemprosesan.Malangnya sekali lagi dokumen itu tidak cukup dan perlu mengisi borang dan perlu cop yg disahkan oleh Imam Masjid atau pun golongan profesional.Seperkara lagi Baitulmal hanya boleh peruntukan RM8,000 sahaja.Mereka tidak dapat memenuhi permintaan aku.Bermakna aku perlukan lagi RM7,000 tunai.Ya Allah kau uji aku sekali lagi.

Aku dan Si dia pergi semula ke tingkat "M" bagi mendapatkan borang dan bertanyakan apa lagi yang perlu.Stelah selesai semua aku pulang ke rumah.Pada ketika itu aku tidak mengenal penat mahupun lelah kerna apa yang aku mahukan dan inginkan semoga bonda dapat menjalankan pembedahan dan semuanya selesai.Segala tenaga dan kudrat aku korbankan demi bonda tercinta.Aku pergi ke hospital bagi mendapatkan tandatangan bonda dan ke Masjid bagi mendapatkan copnya.Malangnya Ustaz ada program ketika itu.Pembantunya suruh meninggalkan borang dan datang semula pada sebelah petang selepas Zohor.Insyallah.

Selepas Zohor aku pergi ke Masjid Pantai Dalam dengan hujan lebat ku redah.Pakaianku basah dan tanpa ku sedari airmataku jua gugur mengikuti rentakan air yang jatuh.Ketika itu baru aku sedari betapa besarnya jasa bonda pada aku.Ku renung kembali apa yang telah berlaku selama ini.Bonda talifon menanyakan bagaimana segalanya.Aku berkata 'semuanya ok bonda,bonda jangan risau ya.Insyallah selagi paksu ada paksu akan lakukan segalanya demi bonda.'Tanpa ku sedari kata-kataku membuat airmata bonda menitis.Bukan niatku buat bonda menangis tapi itulah yang perlu aku katakan.Aku tidak pandai untuk meluahkan dengan kata-kata tapi sebaliknya aku lakukan demi bonda.

Keesokkan harinya selepas pulang kerja jam 8.00 pagi aku terus pulang dan menggambil si dia untuk ku bawa bersama ke Baitulmal.Alhamdulillah segalanya sudah ku uruskan.Penat lelahku telah pun berbaloi dengan dapat menggumpulkan RM18,000 untuk bonda.Aku cuma keseorangan mebuat segalanya.Pada abang-abangku cuma hanya akan bertanya 'macam mana semuanya,ok?'.Aku hanya mampu berkata 'semua ok'.Ku tabahkan hati,ku kuatkan semangat untuk mengharungi semuanya.Ku minta pada abang-abangku untuk menderma seberapa yang boleh.Bangah hanya dapat memberi RM2,000 begitu juga banglang RM2,000.Jumlah terkumpul sekarang adalah RM4,000.Aku perlukan lagi RM3,000.Aku minta bantuan pada abangku yang keempat bantih.Ku katakan minta tolong carikan RM3,000 lagi.Setelah aku telah cuba untuk dapatkan hampir separuh.Lantas dia berkata 'ala itu bukan duit kau pun,duit bantuan'.Ya allah sekali lagi kau uji kesabaran aku.Betapa sakit dan luluhnya hati apabila mendengar kata-kata dari abangku.

Bermakna aku tidak boleh bergantung harap pada dia.Sejak hari itu aku dan abangku tidak bercakap sehingga sekarang.Mengenangkan kata-katanya melekat ke minda dan hatiku.Aku tidak akan maafkannya.Sanggup kau berkira demi bonda.Baiklah,ku harungi seorang diri sekali lagi.Banyak yang aku pendam,terlalu berat untuk aku pikul.Aku menceritakan pada kekasih hatiku.Cuma dia tempat aku menggadu.Aku tidak mengharapkan apa-apa darinya cuma hanya inginkan pandangan dan ku luahkan perasaanku ini.Sedih sangat sedih kerna ku harungi seorang.Tanpa ku duga seluruh keluarga si dia menolong aku dengan bantuan RM3,000.Satu keluarga semua memberi sedikit demi sedikit.Terduduk seketika apabila keluarga si dia menolong bonda.Terharu,sedih,malu,segala perasaan bercampur baur.Terima kasih 'SAYANG'.

Dengan itu genaplah angka RM25,000 bagi pembedahan bonda.Syukur alhamdulillah segalanya selesai.Lapang dada bila semuanya selesai.Orang lain nampak aku gembira,suka,gelak tawa bersama tapi disebalik kegembiraan terselit kedukaan dan kesedihan.Aku tidak mahu meminta simpati orang lain.Pelbagai jalan aku fikirkan bagi mendapatkan wang pembedahan bonda sehingga aku sanggup keluarkan wang simpanan pekerja demi bonda tercinta.Akan tetapi atas nasihat si dia,banyak cara lain lagi yang boleh menyelesaikannya.

Abang-abangku sanggup untuk menjual rumah bonda di Setapak bagi menampung kos pembedahan.Aku menangis umpama air sungai yang mengalir tanpa putus.Betapa kecewa dengan tindakkan mereka.Banyak yang aku pelajari dan ku lihat kesungguhan anak-anak bonda.Bukan niat untuk mengaibkan mereka tapi hanya catitan diari hidupku.Baru ku tahu satu persatu kelakuan abang-abangku.Hanya satu ku fikir,ku lakukan semuanya adalah tanggungjawab aku sebagai seorang anak pada bonda.Bonda mungkin ini kecil pengorbanan anakmu ini padamu sepertimana jasamu padaku terlalu besar.Tidak dapat anakanda balas bonda.Pengorbanan anakanda ini bukan untuk menunjuk-nunjuk,bukan untuk dipuji mahupun meminta simpati.Pengorbanan yang anakanda lakukan ini adalah bagi membalas jasa bonda pada anakanda selama ini.Walaupun yang lain tidak menghiraukan mu bonda tapi percayalah selagi anakandamu ini bernafas akan anakanda jaga sebaiknya kerna inilah tanggungjawab anakanda sekarang.Bonda ku ingin menyatakan padamu,mungkin ini tidak kau dengari bisikkan di telingamu.Bonda selama kau di hospital anakmu ini rindu tawamu,rindu masakkanmu,rindu untuk bawa bonda berjalan-jalan makan laksa kegemaran bonda,rindu masak bersama,rindu belaianmu,rindu untuk mengemas rumah bersama.Anakanda sayangkan bonda selamanya.Terima kasih cintaku,sayangku,kasihku atas apa yang kau lakukan pada diriku ini dan jua bonda.

Selagi nadiku berdengut,nafasku melekat di badan dan rohku bersatu bersama jasad akan ku kenang selama pengorbananmu.Terima kasih sekali lagi.Semoga tuhan dapat membalas segala jasamu sayang.Bonda tabahkan hati,kuatkan semangat untuk harungi semua ini.Inshallah semuanya akan seperti dulu.Amin.

Wednesday, August 11, 2010

Selamanya Diriku Milikmu

Langit biru kupandang, indah tak terlukiskan… Awan penghujan datang tutupi indah dunia… Hujan turun membuat kita sedar akan segalanya… Sedih membuat kita menyedari siapa diri kita sebenarnya… Kuingin langit biruku kembali dan tak pernah hilang… Kutahu sedihku akan berakhir seperti hujan yang kan membawa pelangi… Kebahagiaan yang datang tak kuminta, hampir saja kulewati… Seperti pasir yang terinjak meninggalkan bekas yang tak jelas tapi berkesan… Tak ingin ku jauh darimu yang menemaniku saat ini…

Jangan pernah bertanya tentang masa depan… Karena ku sendiri tak tau jawapannya… Tapi satu yang kutahu pasti… Bukan keindahan bentuk yang kuinginkan, tapi keindahan hati yang kutahu takkan pernah hilang walau waktu kan terus mengejar kita… Jangan pernah terucap kata terserah, jangan pernah menyimpan curiga… Kerana itu hanya akan membuat kita terlelah… Katakan kau mencintaiku… dan aku pun mencintaimu sepenuh hatiku… I LOVE YOUUUUDulu, Kini dan Selamanya……

Selamanya Diriku Milikmu

Friday, August 6, 2010

Beralah bukan bererti kalah

Merasa ketidakpuashatian.Adakala kita perlu beralah.Ada perkara yang perlu kita usahakan bersama bukan hanya mengikut kehendak sorang saja.Pastikan ia bertindak melalu kedua-dua pasangan,barulah perhubungan akan menjadi lebih indah.


Monday, August 2, 2010

Kandang kala sukar untuk kita luahkan apa yang terbuku dihati.Malah apatah lagi untuk di simpan.Sukar bagi kita untuk memahami dan mendalami jiwa seseorang.Kenali diri sebelum mengenali diri seseorang.

Thursday, September 10, 2009

Warkah dari Bandung-Kuwait

Untuk kekasih ku yang jauh disana namun terasa dekat di hatiku


Jika suatu hari,entah sekarang besok ataupun nanti aku tak bernapas lagi ketahuilah bahwa cintaku padamu adalah hadiah terindah yang pernah aku dapatkan...waktu mengenal mu dan bisa merasakan kasih sayang mu itu ternyata hati yang pilu laksana disayat sembilu karena cinta bukanlah mimpi yang datang saat tidur dan pergi dikala bangun,tapi cinta adalah pengharapan luhur dari hati yang pernah merasakan cinta dan kasih sayang yang tulus yang menbuat diriku damai tenang dan terasa indah bila ku bersama dirimu kasih.

Aku mencintaimu seperti angin yang lirih mengusap batang2 bambu seperti lilin menerangi kegelapan seperti kokok tiap pagi buta seperti batang karet memeluk getah nya selalu terjaga kapan pun kau ada.

Rinduku terbalut waktu aku tahan walaupun nestapa membelengguku rindu ini telah membeku hingga jka tiba waktu kutemui dirimu..... kan aku lemparkan rindu yang membelenggu ku ini tepat dijantung hatiku agar engkau tau kasih sayangku ini hanya untuk mu sang belahan hatiku.

"i love you".....itulah yang pantas aku ucapkan untuknmu sayang.

Begitu puitis warkah yang dikirimkan oleh seseorang buat aku.Aku hargainya namun bagaimana harus aku katakan lagi.Aku tidak mampu menghalang orang untuk suka pada aku tp aku boleh halang utk ianya terjadi dari berlaku apa2 yang tidak di senangi.Ia benar sayang itu bukan permainan,sayang itu bukan bahan jenaka,sayang itu bukan di buat-buat ia boleh dirasai di dalam hati.