Friday, July 24, 2009

Terpancar kegembiraan diraut wajahku.Kenapa?Apa yang terjadi?Apa yang pasti aku sangat gembira dengan keadaan ku sekarang.Terima kasih yang tidak terhingga kerna kau sudi hadir dalam hidupku menyinari hari-hariku.

Wednesday, July 15, 2009

Tatkala rindu bertaut ingin ku peluk erat dirimu yang lama ku rindui akan tetapi angan yang ku gapai.Tidak sekelumit rasa sayang dan cinta luput mahupun pudar dari ingatan malah ia masih segar berlegar-legar di benak fikiran lalu terpahat indah terlukis dihati.Mungkin kau alpa akan diriku.Aku tidak menyalahkan akan dirimu,apa yang berlaku adalah kehendak-NYA.Mungkin benar kata orang cinta pertama sukar dilupakan.Agak jarang untuk aku luahkan padamu tetapi hari ini aku telah merendahkan ego aku.Walaupun sudah 4 tahun berlalu terpisah,ia seakan baru terjadi.

Mengapa ku berdiam diri agar tidak berhubung dengan kau?Aku kuatir bahawa diri ini tidak kuat dan kental untuk aku melihat wajah kau.Apabila melihat kembali wajah dikau segala kenangan atau memori aku bersamamu terimbas secara tidak sengaja dan membuatkan aku...Entah lah.Andai waktu dapat ku putarkan kembali ingin sahaja aku ingin bersamamu tanpa ada rasa sifat negetif tapi aku hanya insan biasa yg tidak akan dapat putarkan kembali waktu itu.

Aku bersyukur sekali mengenalimu adalah rahmat yang paling berharga walaupun pada akhirnya kita berpisah.Kaulah mengajar aku erti sebuah perjalanan hidup yang penuh cabaran.Oleh kerana kau juga,aku berjaya mendapat segulung Diploma.Tanpa dikau aku tidak mampu berbuat berseorangan.Aku mengucapkan jutaan terima kasih pada kau yang selama kita bercinta,banyak pengorbanan yang kau curahkan.Kita terpisah oleh kerana sikapmu dan egomu itu.Namun aku percaya andai kata suatu hari nanti kamu kembali padaku terbuka pintu hatiku menerimamu semula.