Monday, December 31, 2007

SELAMAT TAHUN BARU

Hanya menghitung waktu untuk kita melangkah ke Tahun Baru 2008 yg bakal tiba.Banyak perkara yang berlaku sepanjang 2007.Tapi dimana harus ku mulakan.Semuanya masih tersemat di dalam dairi hidupku.Ia mengajarku erti kehidupan.Biar pun pahit utk ku telan tp aku harus terima ketentuan-NYA.Hanya kita yg boleh menggubah kehidupan kita.
1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai,buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???Haa..kawan tu mcm AWAK LA..bila saya tulis,awak akan baca blog saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..bagi aku,kawan tu penting.Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,sedih, berduka dan sebagainya.Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.Yang penting,seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

p/s:Terima kasih kerna menjadi kawan aku.Along,Achik,Alang,Achu,Idan,Bell,Pari,Syabab,Az,Juhaida.
Pada kawan2 dr Singapore Halim,Sham,Abg Zai,Mohkram,Tipo,Abg Man,Razmadd(Remy).LOVE UOLS SO MUCH

Friday, December 28, 2007


Thank you very much for your explanation and i understand that.Sorry for every thing.

Thursday, December 27, 2007

Andai dapat aku dapat merasakan cinta,takkan pernah aku merasakan kesepian dan kehampaan.Tiada ucapan,tiada tulisan...yang ada hanyalah perasaan.

Monday, December 24, 2007

Apa lagi yg harus aku lakukan?Apa lagi yg perlu aku buktikan?Apa lagi yg pasti agar pintu hati kau terbuka utk ku.Adakah pintu hatimu belum ku ketuk sepenuhnya?Adakah kau belum yakin akan diriku?Adakah pintu hatimu belum ku sentuh?Aku tidak mengerti apa yg berlegar di fikiranmu.Engkau menyatakan bahawa aku boleh tafsirkan melalui perbuatanmu...tp apa yg kau coretkan adakah utk ku?Adakah kau belum boleh menerima diriku.Ia pasti kau menyatakan"tidak terlalu awalkah"?.Padaku sekiranya masing2 mengerti,masing2 memahami,masing2 ada persefahaman,aku rasa tidak perlu menunggu terlalu lama.

Aku tidak berdaya melakukan berseorangan.Aku perlu bantuan kau agar ia sama terjadi akan perhubungan kita.Kalau sebelah pihak yg bersungguh tp sebelah pihak lagi masih tidak pasti adakah aku harus menunggu.Aku tidak kisah utk menunggu masa.Tapi adakah apabila aku menunggu aku akan memiliki dirimu?Adilkah bagi diri kau?Aku rasa terlalu byk kau berfikir.Selagi byk kau berfikir selagi itulah perasaan takut akan menyelubungi dirimu.Rasa kesal menghantui fikiran kau.jadikan kisah silam sebagai pengajaran dan tidak perlu kita sesali.

Adakah aku membuat kau rasa bersalah?Akukah yg manambah rasa beban pada dirimu.Sekiranya ia katakan lah padaku agar kau tidak berfikir lagi.Aku pasti kau ada pendirian kau sendiri.Aku kerap kali berfikir adakah aku yg terbaik bagi dirinya?Aku akui aku tidak punyai harta utk ku lempahkan.Aku tidak punyai darjat yg tinggi utk kau banggakan.Apa yg boleh ku bangga ttg diriku iaitu aku cuma memiliki budi pekerti yg tinggi.Kenapa aku tidak dilahirkan KAYA?Kenapa aku tidak dilahirkan dalam golongan2 yg mempunyai darjat tertinggi.Aku yakin tuhan itu maha adil,sekiranya aku dilahir apa yg aku inginkan pasti aku bukan Danny yg kalian kenali.Aku bersyukur dgn apa yg tuhan berikan padaku.

Mengapa kau tidak ingin kongsi apa yg kau fikirkan padaku?Mungkin aku belum lg sesuai utk kau kongsi apa yg kau fikirkan.Luahkan lah pada ku agarku mengerti apa yg terlintas di fikiran kau.kadang aku tidak mengerti akan dikau.Adilkah perasaan hatimu.Apa yg harus diri ini lakukan dan yg pasti diri ini masih menagihkan kasih sayang dan cinta pada insan yg bergelar KEKASIH.

Saturday, December 22, 2007

Untukmu



Ku menghitung hari...
Masa berdetik berlalu
Kenangan indah bersama
Terasa seperti semalam berlaku
Memalu jiwa merobek hati
Rindu pada dirimu
Sayang,
Bila ku rasa rindu
Ku seru namamu di angin nan lalu
Ku puja namamu sebelum tidurku
Ku coret wajahmu dihati ini
Agar dikau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Hanya itu yang mampu
Memilikimu di malam hari

Sesungguhnya
Hanya dikau terpahat di hati ini
Hanya dikau segalanya kini
Hati ini
Tidak nampak yang lainnya lagi
Maafkan daku
Kerana terlalu menyayangimu.

Wednesday, December 12, 2007

Ku Nukil Buatmu Ibu
















Ibu,

Aku selalu berfikir setiap kali aku ingin tidur malam.Fikiran ini tidak pernah lenyap untuk ku berfikir.Kemanakah arah tuju hidupku setelah kau tiada disisiku buat selamanya.Apakah yg harus ku lakukan?Ku pasti apabila kau tiada disisiku,akulah insan yg amat terasa akan kehilangan dirimu.Kerana ibu sering mencari anakdamu ini setiap kali ada masalah atau sebaliknya.Tiada ibu bermakna gelaplah dunia aku ibu.

Adakah aku akan menangis teresak2?Adakah aku akan pengsan?Adakah aku akan gila?Adakah aku tidak kenal erti perasaan apabila ibuku tiada disisiku?Bukan aku minta kau pergi ibu.Tp ini sudah tertulis bahawa yg hidup pasti akan mati.Satu hari pasti engkau akan meninggalkanku buat selamanya (airmata ku mula mengalir).

Ibu aku pernah terfikir sekiranya dirimu tiada lg anakmu ini pasti akan sunyi.Engkaulah buat ku tersenyum,menangis,marah,sedih,suka,duka,gembira dan ketawa.Kemana harus ku menumpang kasih,ke mana harus ku menggadu,kemana harus ku pergi.Dalam hidupku hanya kau dan aku sahaja.Ibu pun tahu yg anakmu ini tidak rapat dgn adik-adik yg lain apatah lagi dan jauh sekali utk ku bercakap.Antara adik beradikku ku tidak rapat.Kakak ku,abang-abang ku tidah pernah menggambil tahu halku atau perihalku.Hanya ibu yg tahu apa yg ku rasa sbb aku sering luahkan pada kau ibu.

Pasti aku akan rindukan suaramu dimana engkau akan menalifonku jika ku balik lambat.Sayu hatiku,hiba hatiku.Ibulah yg jaga aku.Ibulah yg jaga pakai minumku.Pasti jua suaramu akan terngiang2 di telingaku dgn memanggil dan menyebut 'peksu' panggilan manja namaku instead paksu.Oh aku tidak dpt menahan airmataku.Ibu usah biarkan ku bersendirian,usah lepaskan genggaman tanganmu,usah kau lupa padaku.Ku ingin selalu bersamamu ibu buat selamanya.

Ibu saban malam aku berfikir dan tiap kali aku fikir airmataku tumpas jua akhirnya.Ku tidak dapat menahan sebak.Ingin saja ku menangis dan memerlukmu sambil ku luahkan apa yg tersirat dilubuk hatiku.Tp ku tidak berdaya berbuat demikian ibu.Aku tidak mahu dan ingin melihat engkau menangis.Cukuplah ibu menangis dgn apa yg berlaku pd family kita.Aku ingin kau lihat anakmu ini kuat,kental,cekal,tabah,sabar dan semangat bila di depan kau ibu.Tp ibu,dibelakangmu jiwaku lemah,hatiku parah.

Tiada siapa tahu,tiada siapa boleh menduga apa yg tersirat dan terbuku di hatimu ibu.Hanya ibu sahaja yg tahu.Ibu aku tahu kau sunyi,kau sedih,kau cemburu dgn pasangan yg rumahtangganya yg masih lg bertahan.Ibu,terlalu banyak pengorbananmu ibu terhadap aku.Besar sangat.Tidak terbalas olehku ibu.Betullah kata org, ibu boleh menjaga anak 10 org tp anak 10 org belum tentu lg boleh menjaga ibu yg satu.

Maafkan anakdamu ini sekiranya aku ada membuat ibu terasa atau terkasar bahasa.Tidak sekelumit ku menyimpan dendam dan marah padamu ibu.Malah aku terlalu sayang padamu ibu.Ya Allah kau berilah ku semangat,kau berilah ku kekuatan utk ku tempuh hidup ini tanpa ibuku kelak.Mungkinkah aku tidak seceria dulu?Mungkin atau aku akan menyendiri?Hanya masa dan keadaan yg menentukannya.

Pelbagai tomahan yg ibu terima dr dulu hingga kini.Ternyata jiwamu kental ibu.Aku kagum dgn kau ibu,ibu dpt membesarkan kami dgn hanya 2 kerat tanganmu dan hanya dirimu seorg hingga anakmu ini berjaya.Terima kasih ku ucap padamu ibu.Syukur dan Alhamdulillah jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayatku IBU.

Tuesday, December 11, 2007


KADANG-KADANG HIDUP INI
TAK SELALUNYA INDAH...
HABIS MADU DI BUANG SEPAH..
ITULAH LUMRAH..
KENKADANG PULA KITA TERLALU ASYIK
BILA SI DIA BERADA DI SISI,
MUNGKIN ITU JUGA CARA TUHAN MENGINGATKAN KITA
SUPAYA TIDAK LEKA DIBUAI MIMPI2 INDAH DI SIANG HARI...


Monday, December 10, 2007



Bintang malam katakan padanya
aku ingin melukis sinarmu di hatinya
embun pagi sampaikan pada
biarku dakap erat waktu dingin
membelenggunya

tahukah engkau wahai langit
ku ingin bertemu membelai wajahnya
kan ku pasang hiasan
angkasa yang terindah
hanya untuk dirinya

lagu rindu iniku ciptakan
hanya untuk bidadari hatiku tercinta
walau hanya nada serdehana
izinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan....


p/s : Abang ku menyepak raga,
Raga disepak dalam mahligai;
Dalam laut boleh diduga,
Dalam hati tidak ku pandai.

Sunday, December 9, 2007

"Seangkuh dan sehebat manapun kamu
namun ke sejadah jua DAHImu sujud,
seindah dan semahal mana pakaianmu,
secarik KAIN dan secebis KAPAS jua membalutimu,
sebesar dan seindah manapun RUMAHMU,
sekujur badan yang dalam GELITA jua tempat tinggalmu,
seramai manapun KAWANmu dan sebanyak mana DUITmu
Tetap kamu KESEORANGAN,
Disana AMAL IBADAT jadi temanmu,
secantik manapun rupamu,
TULANG PUTIH jua yang akn tinggal....."

Friday, December 7, 2007

6/12/2007 - Setelah aku selesai perkara bersama ibuku,aku dgn pantas terus ke KLCC untuk membeli hadiah untuk si dia.Jam di tangan menunjukkan 5.32pm.Aku rasakan sempat untuk aku cari barang yg F suka.Aku tahu F mmg suka brg yg nak aku beli nie.Nak tahu apa yg aku beli.Erm..aku hadiahkan dia...sat lg aku bagitahu.

Setelah mencari hadiah si dia telefon 7.00pm dan menyatakan dia ingin dinner ngan aku.Dia akan sampai di bukit bintang pd jam 8.00mlm.Aku bergegas ke bukit bintang.F sampai pukul 8.45pm.Kami terus ke restaurant yg ingin ku bawa.Kami dinner di Lotus Green.Sebuah restaurant yg klasik dan makanannya amat la sedap.Aku memberi hadiah yg ku belikan td kepada F.Tampak F tersenyum lebar dan brg yg aku beli mmg dah lama F suka.

Sampai di rumah F membuka hadiah yg ku berikan,ternyata F tersenyum lebar.F ucapkan terima kasih dan terus mencium ku di pipi.Aku telah menghadiahkan F perfume Mark Jacobs Daisy.


p/s : kan seronok klu hati ini tidak ada perasaan takut,risau dan negatif.

Thursday, December 6, 2007

Doa Buat Kekasih

Hari ini genap 2 bulan perkenalan antara aku dan dia.Aku tidak pasti sama ada kau ingat atau tidak atau buat2 lupa.Wlupun hanya 2 bulan aku mengenali kau tp aku rasa bagaikan satu jangka yg lama aku telah mengenali dirimu.Aku tetap ingat dlm ingatan tarikh-tarikh keramat antara kami.Sekiranya kau lupa ari ini,aku tidak salahkan kau sbb aku tahu kau terlalu sibuk untuk menggingati semua ini.Ada perkara yg lebih mustahak untuk kau ingat.Cuma aku berdoa pada tuhan agar aku akan bersama kau hingga aku menghembus nafasku yg terakhir.Itu janji ku.


"Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat..."


Tuesday, December 4, 2007



Alhamdulillah album Siti akan berada di pasaran pada 10 Disember 2007.Tidak sabar rasanya hati untuk memiliki album terbaru beliau.Agak lama juga siti menggambil masa utk menyiapkan album ini.Tidak terlepas dari album2 Siti yg lain,beliau turut menyumbangkan lirik lagu.Yg pasti kulit album kali ini tampak lebih menarik dari sebelumnya.Menunjukkan kematangan album ini.Setelah bergelar Dato banyak perubahan yg berlaku dlm diri dan album siti.Tahniah buat
SITI NURHALIZA.

LAGU-LAGU DALAM ALBUM 'HADIAH DARIPADA HATI':

-Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
-Melawan Kesepian (Pongky Barata)
-Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
-Tanpa Kalian (Taufik / Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
-Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
-Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
-Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
-Wanita (Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
-Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
-Sutramaya (Aubrey Suwito / Tinta S)
-Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea)





telah ku rasa
KEHILANGAN yang tersayang
.... MADU dalam bercinta
....HEMPEDU dalam berkasih
....SYURGA DUNIA tika bersama
telah ku rasa SEGALANYA ...

bila seorang LELAKI
menitiskan air mata kerana LELAKI
itu dikatakan cinta yang luhur

bila seorang LELAKI
menitiskan airmata kerana LELAKI
itu lah pencinta yang benar tulus
yang mengenali apa itu cinta sebenar

bila seorang LELAKI
di kecewakan oleh seorang LELAKI
hanya kerna LELAKI lain ...
sememangnya dia bukan milik mu
dan sememangnya dia tak layak bersama mu

JANGAN di kata ... LELAKI itu "LEMBIK"
hanya kerna menitiskan airmata
untuk yang tersayang

Kerna aku pernah merasa di kecewa dan di tinggalkan
kerna aku pernah merasa bagaimana hati terhiris
kerna aku pernah merasa segalanya ....

Saturday, December 1, 2007

Hari nie adalah hari pertama dalam bulam Disember.Aku rasa cam nak demam la pulakk..rasa sejuk je badan nie..sakit tekak dan selesema.Tp aku still lg keja utk mencari rezeki.hehe...

Aku x tahu nak tulis apa sbb otak x berfungsi dgn betul..huhu..

nati aku nukil di lain hari occay...